Sunday, September 2, 2018

Putrajaya ke Satun - Ride Malaya 2018



21hb hingga 26hb Ogos 2018
(Selasa hingga Ahad)

Assalamualaikum awak semua...
Maaflaa lama sangat tak menulis di sini. Bukan tak rindu sama awak semua.. tapi itulah, tak dan nak menulis, tiba waktu nak menulis, mengantuk lah, ada kerja nak buat lah.. hik hikhihik.. macam macam

Orait... kali ini, kita nak #throwback last ride kita ... pusing Malaya. Mesti banyak soklannya kan?

1. Kenapa Ride Malaya?
2. Kenapa pusing Malaya?
3. Kenapa tak pergi masa musim cuti panjang?
4. Kenapa sorang?
5. Kenapa .. dan kenapa..

Untuk ride ni... sebenarnya.. Ride Balik Kampung Part 2. Opss.. mana Part 1? Part 1, kita belum share lagi di sini tetapi kita ada share kat Page Facebook Canon Rider.

Untuk Part 1 ini, kita balik ke Terengganu melalui Sg. Petani - Grik - Lojing - Felda Aring - Kenyir - Pelong - Sg. Tong dan terus ke LPT dan Karak Highway. Itu ride balik kampung kita yang melintasi Selangor, Perak, Kedah, Kelantan, Pahang dan Kuala Lumpur. Okey tak? Orang kata.. tak de kerja nak pusing-pusing.. Tapi actually, kita recky jalan ... Grik .. sebab pada bulan September ini, ada Kawasaki Ride ke Besut sempena Hari Malaysia... Kita pulak, newbies kubis hijou yang baru nak belajar berputik... baru sangat bawak daddy. Nanti Part 1, kita akan share yer selepas cerita Part 2 ini. 


Orite.. untuk Ride Malaya aka Ride Balik Kampung Part 2 atau Ride Jelajah Masjid ini, kita sepatutnya bermula pada 27hb Ogos.. cuti panjang Hari Kemerdekaan. Tapi, disebabkan kekangan masa dan tugasan .. kita terpaksa awalkan... kepada tarikh Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1439H.

Maknanya kita beraya di Thailand... laa yer.

So.. untuk ride ini, kita rancang takde la proper sangat. Tapi disebabkan alasan nak cari saudara mara di Narathiwat, Thailand.. kita try to be proper dengan :

1. Mintak izin dan restu ayahanda dan famili (ujangsyanaz) serta adik beradik. Maklumlah.. kan kita pergi pada hari raya, kan kecik ati plak ayahanda dan adik beradik kita.. Diorang dulu melarang keras kita ada moto.... tapi untuk perjalanan ini kita minta restu.. agar kita tak de apa apa masalah semasa ride nanti.

2. Kita draf perbelanjaan dan itinerary.. melakar peta.. kemana nak pergi dan singgah nanti.

3. Servis daddy dan sediakan tools secukupnya. Tambah plak daddy ada masalah radiator, so, kita memang standby coolant..

4. Sediakan wang, dokumen dan perkara yang berkaitan dengan perjalanan... dan informkan kepada kenalan rapat serta opis mate.. tentang perjalanan kita ini. Kenapakah? Sebab kita akan merentasi Satun, Hatyai, Pattani dan kawasan paling digeruni... Selatan Thai.. (Narathiwat) dan seterusnya kita akan masuk Singapura... Itu yang perlu kita maklumkan kepada Opismate ...bimbang.. nanti apa apa jadi kat sana, langsung tak de pencen kita.. huhuhuhuhuh

So.. kalau ikut perancangan awal..


Total kos RM2000. Waktu tu kita bajet hanya nak bermalam di Satun, Narathiwat dan JB sahaja. Menziarahi masjid Satun, Hatyai, Pattani dan Telok Manok, Narathiwat.

Tak sangka plak, apabila tiba pada hari kejadian, kita dapat ziarah 7 masjid iaitu :

1. Masjid Pekan Changlun, Kedah (dekat border)
2. Masjid Krue Se @ Kerisik, Pattani
3. Masjid Jamek Pattani
4. Masjid 390 tahun, Telok Manok, Narathiwat
5. Masjid Kassim, Kembangan, Singapura
6. Masjid Nurul Ihsan, Tanjung Balai, Karimun, Indonesia
7. Masjid Tertua kurun ke-16 Kuala Dulang, Kuala Klawang, Jelebu, N9

Ikutkan kita akan bersolat hari raya di Masjid Ban Talosai di Pak Bara, Satun.. tapi hujan lebat di sepanjang jalan, memang Allah belum izinkan kita solat bersama penduduk islam Thai laa tu kan.

Begitu juga dengan perancangan nak singgah ziarah Masjid Central Songkhla... kita ingat nak singgah selepas makan tengahari di Samila Beach.. akhirnya.. ada jalan lain untuk ke Pattani..tapi Allah gantikan dengan perkara yang lebih baik. Alhamdullillah..

Orait.. jom kita layan klip Day 1 - Perjalanan dari Putrajaya - Satun


Ada apa kat Satun? Kenapa Satun?

Sebelum ini kita pernah sampai Pak Bara, Satun. yang bestnya kat Satun ni, makanannya dan fasiliti hotel memang tip top.. Memang terbaik. Kita suka layanan orang Thai sana. Tambah plak diorang orang Islam. Cuma plish plish.. berbahasa laa Kedah Thai dengan diorang.. elakkan berbahasa Kelantan atau bahasa KL.. memang diorang tak paham. Susah laa skit nak jumpa orang boleh sembang melayu.. kalau kita berbahasa kelantan dan KL berbanding Kedah.

Kalau dari Satun tu untuk ke Krabi.. macam dekat je.. sebab kita nampak signboard Trang. haaa.. jangan ekow mawar.. nak lajak lajak ke Krabi.. hikhihhi.. (nasib baik masih berpegang pada plan asal).

Actually, sehingga 1813, Satun merupakan sebuah mukim negeri Kedah Darul Aman di Malaya, dikenali sebagai Mukim Setul. Akibat perjanjian British dengan Siam pada 1909, British menyerahkan Setul kepada Siam kerana kebanyakan penduduknya ialah bangsa Thai. Satun pada mulanya ditadbirkan bersama Phuket dan pada 1925 disertakan dalam wilayah Nakhon Si Thammarat. Satun mula ditadbirkan secara sendirian pada 1933. - sumber wikipedia

Baru sekarang kita paham.. masa tempah bilik kat Thamalai, yang tidak jauh dari Pak Bara View Point tu, alamatnya La-Ngu. Rupanya La-Ngu (sebutannya lengu) adalah laut. Kalau la ikutkan pada wikipedia, katanya 68% adalah penduduk islam dan 10% daripada nya adalah Melayu.


Perjalanan dari Putrajaya, kita da basah kuyup.. tetapi kering semula apabila tiba di Juru, then basah balik bila tiba di Changlun. Selesai urusan beli insuran dan isi white card dan borang TM2, (RM25) kita pun beransur ke border Wang Kelian.

Wang Kelian jalannya berselekoh giler... huhuhuhuh... daddy kita mati di tengah selekoh mendaki. Alahai.. nasib laa jalan petang tu..da tk sibuk. Elok sampai... pintu border da nak tutup. Border tutup pada jam 7 malam. Seeloknya sampai seawal sejam sebelum border tutup.. nanti srtress plak pegawai bertugas di kaunter imigresen Thailand... dan sediakan RM2 untuk cop passport dan RM5 untuk bayaran kastam Thai.
Di sana, adalah CIQ Wang Kelian, Perlis

Border Wang Kelian tutup pada jam 7.00 malam waktu Malaysia
 

Selesai di situ.. then hujan pun turun lagi.. basah laa lagi.. dalam jam 8.30 kita pun sampai laa kat Pak Bara Satun.. Selesai makan, kita pun check in... hujan turun memang tak de belas kasian.. turun sampailah ke malam.. dan sampai ke pagi..

Kita sambut malam raya dengan hujan lebat dan guruh berdentum dentam.. dah la sesorang.. asyik terjaga aje.. penakut rupanya.. hihkhkhihkhk ..


So kos untuk Hari Pertama :

Jarak : 628 KM
Petrol : RM 2.20 per liter

Petrol : Shell RNR Tapah, RNR Juru, Arau, Perlis  - RM 60
Border : dokumen border, tips Imigresen Thai dan Custom Form - RM 32
Hotel Thamalai : 600THB
Makan : 150THB

Orait itu dulu untuk hari pertama kita misi ride Malaya 2018. Sehingga berjumpa lagi.. tau..take care #spreadlove #canonriderwashere #sayangimalaysiaku #kitapunya


Post a Comment