Thursday, August 30, 2018

10 Khasiat Kerabu Jantung PISANG


https://www.trekearth.com

sumber dari website Thailand.

Di Thailand jantung pisang menjadi famous sekarang kerana dieksport ke Jerman. Walaupun di eksport bertan-tan, tetapi masih ia tidak dapat memenuhi permintaan tersebut.   Kalau satu jantung pisang dijual di perkampungan Thailand dengan harga 20THB atau dalam RM1.20 satu, tetapi apabila dieksport ke Jerman, harganya mencecah 1000THB atau RM120.00 satu jantung.

Mengapa orang Jerman suka jantung pisang? 

Untuk menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan. Orang Jerman sekarang sudah beralih untuk tidak mengambil daging di dalam det harian mereka dan sebagai ganti mereka memakan jantung pisang. 

Mereka yang mengamalkan 'vegan diet' iaitu hanya makan sayuran, masakan mereka adalah jantung masak kari, sup jantung dan salad jantung.. Kalau kita buat kerabu dan rebus cicah budu je.. hikhkhhikhi



http://resepimalaysian.blogspot.com

Rupa-rupanya jantung pisang ini mempunyai serat yang hampir sama seperti daging. Selain itu ia juga merupakan antara ubat herba yang hebat.  

Banyak manfaat jantung pisang ini iaitu : 

1. Memutihkan gigi. 
2. Memperbanyakkan susu ibu. 
3. Merawat masalah gastrik (tidak kepada semua orang). 
4. Merawat luka yang baru dan "menghisap" nanah.
5. Melegakan bengkak akibat gigitan serangga. 
6. Menurunkan kadar gula dalam darah bagi penghidap kencing manis.
7. Memperkayakan nutrien darah dan membantu masalah anemia (kurang darah). 
8. Membantu pengaliran darah dengan baik. 
9. Menyembuhkan luka pada mulut dengan lebih cepat. 
10. Membuatkan kulit jadi licin.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat yang baik untuk kita. Alhamdulillah.. #spreadlove
Post a Comment