Monday, July 9, 2018

Ramadhan 29/30 : Gulai Daging Kerisik

sumber copy and paste

HARI KEDUA PULUH SEMBILAN : GULAI DAGING KERISIK

https://bit.ly/2x0Wgpv
Masa Penyediaan: 
Masa Memasak:
Jumlah Hidangan:


Bahan-bahan
i. 450 gm daging | hiris nipis
ii. 3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
iii. 1 labu bawang besar | hiris
iv. 3 ulas bawang merah | tumbuk
v. 2 ulas bawang putih | tumbuk
vi. 1/4 cm halia | dipotong panjang
vii. air secukupnya
viii. 1/2 cawan santan pekat
ix. 2 sudu kerisik
x. 2 sudu besar minyak
xi. 1 sudu besar minyak sapi
xii. 3 sudu besar rempah kari daging
xiii. 3 kuntum bunga cengkih
xiv. 3 biji buah pelaga
xv. 2 kelopak bunga lawang
xiv. 1 cm kulit kayu manis


Cara-cara memasak
1. Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk dan air didihkan di atas dapur hingga empuk.
2. Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimasukkan kentang.
3. Apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.
4. Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi.
5. Panaskan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar hiris hingga kuning.
6.Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak keluar.
Post a Comment