Friday, July 6, 2018

Ramadhan 26/30 : Daging Goreng Berempah

sumber copy and paste

HARI KEDUA PULUH ENAM : DAGING GORENG BEREMPAH

https://bit.ly/2x1pQuP

Masa Penyediaan: 
Masa Memasak:
Jumlah Hidangan:


Bahan-bahan
i. 250 gm daging lembu (dipotong)
ii. 1 labu bawang besar (saiz kecil)
iii. 1/2 inci halia (dihiris)
iv. 1 biji cili merah (dihiris)
v. 2 ulas bawang putih (dihiris)
vi. 1 sudu makan penuh serbuk kari
vii. 1 biji tomato (potong 6)
viii. daun bawang (dipotong)
ix. 1 sudu besar sos tiram
x. 1 sudu kecil kicap manis
xi. sedikit garam dan serbuk kunyit
xii. sedikit minyak


Cara-cara memasak
1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk dikeringkan airnya.
2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
4. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.
Post a Comment