Wednesday, July 4, 2018

Ramadhan 24/30 : Siakap 3 Rasa

sumber copy and paste

HARI KEDUA PULUH EMPAT : SIAKAP 3 RASA

https://bit.ly/2N4mh0X

Masa Penyediaan: 
Masa Memasak:
Jumlah Hidangan:


Bahan-bahannya

Untuk Ikan:
i. 2 ekor ikan siakap
ii. tepung jagung untuk dilumur pada ikan
iii. serbuk Pasti Sedap Knoor
iv.  minyak untuk menggoreng ikan


Untuk Kuah:
i. 2 biji bawang besar - dipotong dadu
ii. 6 biji bawang putih - dititik
iii. 10 biji cili padi - dipotong kecil
iv. 1 inci halia - dihiris halus
v. 1 biji tomato - dipotong dadu
vi. 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
vii.  kiub nanas - boleh beli yang siap ditinkan
viii. 4 sudu besar sos tomato
ix. 4 sudu besar sos cili thai
x. 2 sudu besar sos tiram
xi. 2 sudu besar sos ikan
xii. 2 batang serai - dititik
xiii. beberapa helai daun limau purut
xiv. daun sup/daun bawang untuk hiasan
xv. garam secukup rasa
xvi. ajinomoto secukup rasa
xvii. gula secukup rasa
xviii. minyak untuk menumis


Cara-cara memasak
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
2. Lumurkan ikan dengan serbuk Pasti Sedap Knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.
Post a Comment