Tuesday, July 10, 2018

Bersinar Bak Bulan Purnama



Assalamualaikum uols... 

Kali ni kita nak share supplement Shaklee untuk kulit yang lebih cerah, bersinar, putih, bersih dan mulus berseri. Floless gitu...

Anak-anak burung kita (Ujang Syanaz) suka bebenar peluk dan pegang-pegang kita. Memang tak salah pun. Seronok ler kan... anak-anak manja dengan kita kan. Kata diorang, kulit kita licin... rambut kita lembut dan terurus, badan kita wangi.. (opss ter promote la plak, hik3)

Dulu-dulu, sebelum kita kenal Shaklee, memang terasa kulit tu menggerutu terutama pada bahagian siku, lutut, tumit kaki, dan yang paling tak best, tempat yang terlindung pun, terasa ada bijik-bijik kecil, nak nak kat belakang bun*ut. 

Masa tu, kita memang ada banyak masalah kulit.. alergik dengan pemakanan dan gigitan serangga. 

Jadinya, semasa nak shopping Shaklee tu, memang kita tak teragak-agak dah, sebab kita tahu, ramai yang terkesan dengan Shaklee. Sebab kat opis lama kita tu, ada seorang Shaklee dropshipper. Kita tengok kulitnya memang cantik dan gebu sangat.... Geram jer tengoknya. Jeles u know, hik3. Padahal sebelum tu, kulit dia gelap dan kusam kot. 

Tapi kita tak order dengannya.. yelah, dia underestimate kita, kot. Tahulah kita ni hanya kerja kerani cabuk je pun... itulah silap kita-kita ni kan. Dok pikir, orang tak mampu nak beli, padahal produk kita bagus.. jadi orang sanggup je apa saja untuk dapatkannya. kan kan kan.

Bagi kitalah kan, samada customer tu ada duit atau tidak, kita patut bantu bagi info dan cari solution untuk dia kan... tapi kawan tu, dan dan cakap, "u memang tak mampu nak makan ni, sebab u kena beli set. Satu set tu, harganya beratus-ratus...kita memang tak amik ansuran tau!!!" 

Sedangkan kita masa tu, memang nak beli pun... tak kiralah harga berapa... janji kita dapat kulit macam dia.. cun dan berseri-seri... Tapi dah cenggitu perangainya.. ermmmm say bye-bye ler..

Then kita google-google dan calling-calling.. Yang ini pun satu, bila kita call, tak angkat. Tapi apabila kita wasap, cepat plak jawabnya... isk.. macam-macam sungguh. Hurmm, kita lagi sekali say hai hai bye bye...hik3 (cerewet tul lah!)

Alih-alih rezeki kita dapat jugak merasa makan Shaklee untuk kulit cantik berseri macam kawan kita tu... dengan seorang ejen Shaklee Putra Heights. Yang ini pun satu, dia sibuk nak postage, padahal, Putra Heights dengan Putrajaya tu, sebelah je kot. Malah, kita sanggup je jumpa dia pada waktu tu. 

Actually, kita masa tu, memang tak percaya dengan transaksi online, terpaksalaaaaa percaya kan ejen online yang tak nak jumpa customer ni. Tawakal kot... kerani cabuk yang gajinya RM1000 je pada masa tu, nak transfer setengah ribu RM pada orang yang kita tak kenal langsung.

Pada mulanya, ejen ni, suh kita amik vivix, tapi kita tak yakin.. sebab rasa macam tak berbaloi je... risau kalau-kalau tak berkesan. Yelah kawan tu (opis mate) kata kena amik yang set.. Dalam set yang dia jual...memang takde vivix. 

Sebenarnya, time tu, orang takut nak jual vivix. Takut tak laku... padahal.. vivix ..tu la ibu segala vitamin. Supplemen yang kita rasa paling terbaik untuk kesihatan kulit, rambut, mata dan mental. Rugi plak kita tak amik masa tu, taw!

Sama jugak dengan kolagen. Kolagen Shaklee adalah yang paling best kita try. Bukan apa, kalau nak minum cenggitu, memang tak lalu nak telan aih. Terasa payaunya. Tapi kalau dicampur dengan ESP atau minuman lain...dan di shake dengan mesin Ferrano Shaklee... Woww!!!!!! memang sedap sesangat.. Rasa nak lagi dan lagi... hik3..dan kesannya, dapat dilihat dalam tempoh 3 hari - 2 minggu (untuk kitalah). Lutut dan tulang belakang dah tak sakit.

Pendek kata, sendi-sendi tu dah tak kuarkan bunyi lagi. Rambut macam lebat je, kedut halus tak berapa kelihatan dan kedut pada belakang tangan dah berkurangan. Kulit pun terrrrrasa licin, u know. Actually, kita ni bukanny penggemar buah pun. Then kerana itulah kulit kita nampak kasar dan cepat kusam. huhhuuhhu....alternatifnya, kenaah amik supplemen.

Kadang-kadang kita tak cukup bajet nak beli vivix, atau kolagen.. sebab memang high costing. Kita pulak, ada tiga anak burung kecik yang manja-manja yang perlu disediakan segala keperluan secukupnya... Memang kalau nak shopping supplemen cantik tu, amat berkira-kira hingga 20x tau. 

Alternatifnya, kita kadang-kadang, beli ESP je. Sebab dalam protein dalam ESP tu boleh bantu kulit jadi lebih cerah, tegang dan cegah adanya kelumumur, serta mengurangkan masalah rambut gugur, rosak dan bercabang. Haa lagi satu cegah kulit kering. Kita suka je minum ESP tu. Best!

Kadang tu kita hanya beli vitamin C je, untuk kecutkan jerawat, tingkatkan imun supaya tak mudah demam dan selesema. Selain tu, untuk dapatkan kulit cerah. Konsisten amik 2 biji vitamin C setiap hari, boleh cerahkan dan anjalkan kulit taw. 

Kadang-kadang, kita order alfalfa untuk alergik kita. Sebab kita emang ada masalah dengan habuk. Pantang berhabuk je, kulit kita dah naik ruam gatal dan ada certain-certain part kat badan kita tu membengkak terutama muka, mata dan bibir.

Garlic pulak memang wajib kita beli. Ia amat berkesan untuk up up up imun badan dan melancarkan sistem aliran darah serta merupakan salah satu cara untuk detox dan membakar lemak. 

So...itulah best nya tentang Shaklee. Kalau kita ada bajet lebih, boleh je kita amik semua supplemen kulit cantik. Tapi kalau kita punya bajet ciput-ciput, huhuhuhu.. boleh je beli satu-satu.. tapi kesannya agak slow n steady je lah. Jangan haraplah, makan semalam, esok nak terus berkesan. Kalau terus berkesan tu harus berjaga-jaga...vitamin semulajadi, takkan bertindak sedemikian melainkan ada steroid atau bahan kimia sintetik.

Tapi kalau kita jarang-jarang amik vitamin Shaklee ni, ia takde laa side effect yang teruk sangat pun. Kalau tak amik, lama-lama apa yang disimpan dalam badan kita, akan berkurangan ... so, dari kulit dah cerah berseri, lama-lama jadi kusam ler. Dia takkan ada side effect naik jerawat makin teruk, atau hormon jadi bercelaru haru biru. 

Sebab sepanjang 4 tahun kita bersama Shaklee, kejap makan kejap tidak, kita tak der plak, gemuk tambun, atau ada masalah kulit yang kronik berbanding kita amik supplemen lain sebelum ini. Sebab tu, bila kita curang dengan Shaklee, kita rasa bersalah yang amat. Sebab supplemen lain tak se natural Shaklee. Tak seberkesan positif berbanding Shaklee...

Jadinya kalau uols nak try... boleh je cuba..Memang takkan menyesal punya! Cepat-cepat kontek kita, ye, 011-2083 1086.

Oklah uols kita stop di sini dulu ye.. nanti kita story-story lagi pasal #shakleeEffect tau. Sebab kesihatan kita tu teramatlah berharga, u know. Babai cyunx. #spreadlove
Post a Comment