Monday, June 4, 2018

Superasya mem"baking" Lagi Hari Ini....


4hb Jun 2018
Presint 17, Putrajaya

Assalamualaikum uols,
Hari ini, Asya belajar baking lagi. Kali ni dia belajar buat kek coklat moist.. hik3. Macam biasalah, selepas balik kelas petang jam 5.00, selepas mandi dan solat, jam 6.00 petang baru kitorang masuk dapur..

Mama dengan job mama laa yer.. Masak makanan berbuka nanti. Biasanya mama Asya ni masak simple-simple je.. sebab nak menyibuk kacau Asya baking... Tak sabar plak kita nak try merasa kek coklat moist Asya ni...huwahahaha, addicted kot ngan air tangan Asya.

Bahan-bahan baking asya ni mudah je :

Kek :
1 paket tepung coklat moist
100 ml air
3 biji telur gred B
150 ml minyak zaitun

Topping :
1 paket dark chocolate
butter
1/2 botol coklat rice
pemarut coklat

Peralatan :
Oven sederhana kecil je pun boleh
Bekas pembakar
Mixer
Sudip kek
periuk untuk double boiled (cairkan coklat)

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180c
2. Masukkan tepung, air dan telur. Kacau dengan sudip bagi sebati then mix dengan kelajuan paling tinggi selama 3 minit

3. Masukkan minyak ke dalam adunan, dan mix dengan kelajuan paling rendah selama 1 minit.


4. Bakar dalam tempoh 55 minit.


5. Lagi 5 minit kek dah nak masak, cairkan coklat dan tinggalkan sedikit untuk diparut sebagai topping.

6. Masukkan butter ke dalam coklat yang cair dan kacau sampai sebati.
7. Kek dah masak, boleh laa start tuangkan coklat cair dan hiaskanlah dengan coklat rice dan parutan coklat...


Tadaaa.... da siap!!! Ini lah hasilnya...



Komen mama;

"Asya masak da sedap! cumanya rasa topping tu terlalu manis dan tebal sangat keknya. Nak abihkan sepotong tu, alahai, bercinta sungguh!!! hik3... Untuk teknik menghias, nanti mama carikan kelas baking belajar menghias dan melukis menggunakan icing ok!"

Keseluruhannya... memang best. Jadinya, kek tu dipotong 4 bahagian. Satu bahagian, kami empat beranak makan beramai-ramai. 1/2 bahagian dibawa ke surau untuk moreh dan 1/4 lagi dibawa ke sekolah untuk kawan-kawan Asya yang tak boleh nak pose tu... hik3..

Terbaik laah Asya... bakal Masterchef Famili Ujang Syanaz. Kekal momentum hokey! #spreadlove
Post a Comment