Wednesday, June 13, 2018

Ramdhan 3/30 - Pari Asam Pedas

sumber copy and paste

HARI KETIGA : PARI ASAM PEDAS

https://bit.ly/2QiBBoz
Masa Penyediaan: 
Masa Memasak:
Jumlah Hidangan:


Bahan-bahan

i. 6 biji bawang merah
ii. 2 ulas bawang putih
iii. 1 inci halia
iv. ½ inci kunyit

(Semua bahan di atas hendaklah ditumbuk)

v. 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
vi. ½ cawan air asam jawa
vii. 3 cawan air
viii. 250g ikan pari (dipotong kecil)
ix. 2 tangkai daun kesum
x. sayur masin (jika suka)
xi. bendi
xii. 3 sudu minyak masak
xiii. garam, gula dan sedikit lada hitam


Cara-cara memasak

1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dan kecilkan api.
5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
6. Masukkan bendi dan biarkan seketika sehingga bendi masak.

Post a Comment