Tuesday, June 19, 2018

Ramadhan 9/30 - Ayam Masak Halia

sumber copy and paste

HARI KESEMBILAN : AYAM MASAK HALIA

https://bit.ly/2oUEShu

Masa Penyediaan: 
Masa Memasak:
Jumlah Hidangan:


Bahan-bahan

i.500 gram ayam, potong kecil
ii. 4 ulas bawang putih, hiris nipis
iii. 2 cm halia, dihiris halus memanjang
iv. 1 sudu besar kicap cair
v. 1 sudu besar sos tiram
vi. 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
vii. 1 biji cili merah, hiris nipis
viii. 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm
ix. 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
x. minyak masak, untuk goreng ayam
xi. sedikit lada sulah atau lada hitam
xii. sedikit garam dan kunyit
xiii. garam dan gula, secukup rasa


Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.
Post a Comment