Sunday, June 17, 2018

Ramadhan 7/30 - Tomyam Thai

sumber copy and paste

HARI KETUJUH : TOM YAM THAI


https://bit.ly/2CF1lsN

Masa Penyediaan: 
Masa Memasak:
Jumlah Hidangan:


Bahan-bahan
i. 1 paket perencah tomyam
ii. 4 biji tomato
iii. 5-6 biji cili padi – ikut selera masing-masing
iv. 3 batang serai – diketuk
v. 4 helai daun limau purut
vi. 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
vii. 2 ulas bawang merah
viii. 2 biji bawang besar
ix. 1 cm lengkuas
x. lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
xi. 2 sudu besar sos tiram – jika suka
xii. 2 sudu besar sos cili dan sos tomato


Cara-cara memasak
1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2. Masukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Apabila sudah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang
Post a Comment