Saturday, June 16, 2018

Ramadhan 6/30 - Ayam Paprik

copy and paste

HARI KEENAM : AYAM PAPRIK

https://bit.ly/2O3vP91

Masa Penyediaan: 
Masa Memasak:
Jumlah Hidangan:


Bahan-bahan

i. 4 ketul ayam - dihiris kecil
ii. 2 ulas bawang putih - dicincang halus
iii. 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
iv. 1 biji cili merah - dihiris serong
v. 11 biji cili api - dipecah-pecahkan
vi. 2 helai daun limau purut - disiat-siat
vii. bunga kobis - dihiris kecil
viii. 2 biji putik jagung - dihiris serong
ix. 1/2 biji karot - dihiris serong
x. 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
xi. 2 sudu makan cili kering kisar
xii. 2 sudu makan cili sos
xiii. 2 sudu makan tomato sos
xiv. 1 sudu makan sos tiram
xv. garam
xiv. 1 cawan air


Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
8.Tutup api dan hidangkan.

Post a Comment