Saturday, July 7, 2018

Ramadhan 27/30 : Telur Bungkus

sumber copy and paste

HARI KEDUA PULUH TUJUH : TELUR BUNGKUS


https://bit.ly/2oVKyYI

Masa Penyediaan: 
Masa Memasak:
Jumlah Hidangan:


Bahan-bahan
i. 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
ii. 1/2 biji bawang Holland dicincang halus
iii. 1 biji tomato dibuang biji dan didadu kecil
iv. 1/2 batang daun saderi didadu kecil
v. 1/2 paket sayur campur (lobak merah, jagung, kacang peas)
v. 1 biji cili merah
vi. 2 sudu sos tomato
vii. 2 sudu sos cili
viii. 1 sudu sos tiram
ix. sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
x. secubit garam jika perlu
xi. minyak untuk menumis
xii. 2 biji telur ayam


Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang Holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
10. Biarkan telur garing seketika dan boleh lah diterbalik kan ke dalam pinggan.
Post a Comment