Saturday, June 30, 2018

Ramadhan 20/30 - Sambal Tumis Kerang

sumber copy and paste

HARI KEDUA PULUH : SAMBAL TUMIS KERANG

https://bit.ly/2NraSI7
Masa Penyediaan: 
Masa Memasak:
Jumlah Hidangan:


Bahan-bahan
i. 3 kg - 4 kg kerang - direbus dan ambil isinya
ii. 3 ulas bawang putih - ditumbuk/kisar
iii. 2 biji bawang besar - ditumbuk/kisar
iv. 3 sudu (kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
v. 2 biji bawang besar - dihiris
vi. 1 cm (sedikit saja) belacan (jika suka) - kisar/tumbuk bersama bawang
vii. 1 sudu besar air asam jawa
viii. garam dan gula secukup rasa
ix. minyak untuk menumis
x. sedikit air jika perlu.


Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.
Post a Comment