Thursday, June 28, 2018

Ramadhan 18/30 - Ikan Selar Goreng Sambal Cili Api Petai

sumbercopy and paste

HARI KELAPAN BELAS :  IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI

https://bit.ly/2x0j6wC
Masa Penyediaan: 
Masa Memasak:
Jumlah Hidangan:

*Tips : Petai dimasukkan akhir sekali, supaya petai nampak segar dan tak layu.

Bahan-bahan
i. ikan selar 8 ekor
ii. serbuk kunyit+sedikit garam
iii. petai 2 papan
iv. bawang besar sebiji (dihiris)
v.  bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
vi. cili padi 15 biji (ditumbuk)
vii. garam secukup rasa
viii. minyak (untuk menggoreng+menumis)


Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul sekata.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga layu dan tumis bahan yang ditumbuk
sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, kacau sebati, akhir sekali masukkan petai, gaul rata.
5. Tuangkan bahan tumis bersama petai tadi atas ikan goreng, siap!
Post a Comment