Tuesday, June 26, 2018

Ramadhan 16/30 - Udang Kicap Pedas

sumber copy and paste

HARI KEENAM BELAS :UDANG KICAP PEDAS

https://bit.ly/2NtZ9II

Masa Penyediaan: 

Masa Memasak:
Jumlah Hidangan:


Bahan-bahan
i. 400 gram udang
ii. 1 biji (kisar) bawang besar
iii. 2 biji (kisar) bawang putih
iv. 1/2 inci (kisar) halia
v. 3 sudu (saya dah blend siap2) cili kering
vi. 1 biji cili merah
vii. 4 sudu kicap pekat
viii. 2 sudu sos tiram
ix. 1 sudu gula
x. secukup rasa (jika perlu) garam
xi. 1/4 cawan air


Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar untuk ditumis - bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan udang.
4. Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Dan akhir skali masukkan cili merah. Jika perlu masukkan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang.

Post a Comment