Monday, June 25, 2018

Ramadhan 15/30 - Siakap Stim Limau Nipis

sumber copy and paste

HARI KELIMA BELAS : SIAKAP STIM LIMAU NIPIS

https://bit.ly/2x0bfjs
Masa Penyediaan: 
Masa Memasak:
Jumlah Hidangan:


Bahan-bahan
i. 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
ii. 1 labu bawang merah/besar
iii. 3 ulas bawang putih
iv. 1 inci halia
v. 2 batang serai
vi. 5 biji cili padi
vii. 1 biji limau nipis ambil jusnya
viii. 1 sudu makan sos tiram
ix. sepohon daun ketumbar
x. setengah batang lobak merah
xi. semangkuk bunga kobis
xii. setengah biji lada benggala
xiii. garam dan gula secukup rasa


Cara-cara memasak
1. Guna kuali yang muat seekor ikan siakap di atas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
2. Potong dadu bawang merah, bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali.
4. Hiris cili ketepikan.
5. Potong lobak merah, bunga kubis dan lada benggala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tenggelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayur-sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap.
Post a Comment