Tuesday, May 8, 2018

Wanita Solehah Sebaik-Baik Perhiasan Dunia


gambar dari tafsirq.com
Dunia ini indah dan akan semakin indah dengan adanya hiasan yang menghiasinya.Nabi SAW mengkhabarkan bahawa keindahan dunia tampak pada wanita. Apabila wanita yang ada di dunia iaitu wanita solehah, maka dunia dikatakan indah dengan keberadaannya. Semakin ramai wanita solehah,maka semakin indah dunia ini.

Ibnu Abbas r.a berkata,

Ketika Allah SWT menurunkan ayat dan orang orang yang menyimpan emas dan perak (Surah Al-Tawbah, 9 : 34) ramai kaum Muslimin yang berasa berat sehingga Umar Bin Khatab berkata kepada mereka,

"Aku akan berangkat sendiri menemui Nabi SAW"

Kemudian Umar berkata kepada Nabi SAW;
"Wahai nabi utusan Allah,sesungguhnya ayat ini terasa berat di hati para sahabat engkau"

Lalu Nabi SAW bersabda; 
"Tidaklah Allah SWT mewajibkan zakat, melainkan untuk membersihkan sisa harta kalian, dan tidaklah hukum warisan diwajibkan, melainkan untuk orang selepas kalian"

Kemudian Umar Bin Khatab r.a bertakbir. Lalu Nabi SAW berkata;

"Mahukah aku memberitahukan kepada mu simpanan seseorang yang paling baik, iaitu wanita solehah, apabila suaminya melihatnya, maka dia membahagiakannya, jika suaminya memerintahnya, maka dia mentaatinya, dan apabila suaminya meninggalkannya, maka dia menjaganya" - Hadis Riwayat Muslim

Dalam hadis lain, daripada Sa'ad Bin Abi Waqas, Nabi SAW bersabda;

"Tanda kebahagiaan anak Adam ada 3, isteri yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Tanda kesengsaraan anak Adam ada 3, isteri yang tidak baik, tempat tinggal yang tidak baik, dan kenderaan yang tidak baik" - Hadis Riwayat Ibnu Hibban

Daripada Asma r.a, ia berkata,

"Tanda kesengsaraan seseorang iaitu rumah yang buruk, isteri yang buruk, dan kenderaan yang buruk. Rumah dikatakan buruk jika sempit dan memiliki tetangga yang tidak baik. Tunggangan atau kenderaan yang buruk iaitu tunggangan yang liar dan tidak boleh dikendalikan, sedangkan wanita yang buruk iaitu yang mandul dan berakhlak buruk"

- Hadis Riwayat Muslim,Abu Dawud, Ibnu Hibban, Ahmad, dan Tabrani.Ibnu Kasir, tafsir Al-Quranil Azim, Jilid 4, 1996: 140.
Post a Comment