Wednesday, April 18, 2018

Wanita Ramai yang Menghuni Neraka




Daripada Imran Bin Husain r.a, dia berkata, Nabi SAW bersabda;

''Aku melihat neraka dengan teliti. Ternyata aku melihat ramai penghuninya wanita. Dan aku melihat syurga dengan teliti. Ternyata aku melihat ramai penghuninya orang-orang fakir.''

Abu Isa mengatakan bahawa darjat hadis ini hasan sahih.

Ibnu Batal berkata;

''Sesungguhnya wanita, masuk neraka kerana kekafirannya. Perkara ini disebabkan jumlahnya yang ramai sepanjang masa. Seolah-olah mereka berbuat kafir dan dosa sepanjang masa pula."

Hadis ini menunjukkan bahawa wanita wajib bersyukur dan menghormati suaminya kerana suaminya telah menjaganya dan memenuhi kerperluaannya dan mengerahkan segala keupayaannya untuk itu.

Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa ketika berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi SAW, Baginda SAW melaksanakan solat gerhana bersama para sahabatnya. Kemudian Baginda SAW berdiri lama sekali kira-kira selama membaca al-Baqarah. 

Lalu Baginda SAW rukuk lama sekali, kemudian berdiri lama sekali tetapi tidak selama yang pertama. lalu Baginda SAW rukuk lama sekali tetapi tidak selama rukuk yang pertama. 

Kemudian Baginda SAW sujud dan berdiri lagi lama sekali tetapi tidak selama yang pertama. Lalu Baginda SAW rukuk lama sekali, tetapi tidak selama rukuk yang pertama. 

Kemudian Baginda SAW berdiri lama sekali, tetapi tidak selama yang pertama. Lalu Baginda SAW rukuk lama sekali, tetapi tidak selama rukuk yang pertama. Kemudian Baginda SAW sujud.

Selepas selesai melaksanakan solat gerhana, matahari pun muncul. Kemudian Baginda SAW berkata;

''Sesungguhnya matahari dan bulan ialah tanda-tanda kekuasaan Allah SWT gerhana tidak berlaku kerana kematian atau kelahiran seseorang. Jika kalian menjumpainya, maka berzikirlah kepada Allah SWT kemumdian aku diperlihatkan syurga. Lalu diperlihatkan neraka yang ramai penghuninya wanita.''

Seorang sahabat bertanya;
''mengapa wanita ramai berada di neraka wahai rasul ?''

Nabi SAW menjawab;
'' Kerana kekafirannya.''

Baginda ditanya lagi;
''Apakah mereka semua ingkar?''

Nabi SAW menjawab;
''Kebanyakan mereka kafir dalam masalah keluarganya dan kafir dalam kebaikan dan kenikmatan.''

-
Hadis riwayat Muslim Muhammad Bin Abdur Rahman Bin Abdur Rahim Al-Mubarakfuri, Tuhfatul Ahwazi, Juz 6 : 399
Post a Comment