Monday, May 14, 2018

Ummahatul Mukminin


gambar dari tafsirq.com
1. Khadijah binti Khuwailid iaitu perempuan pertama yang beriman kepada Nabi SAW ketika orang menolaknya dan membenarkannya ketika orang mendustakannya. Allah SWT mengurniakan Nabi SAW anak daripadanya dan tidak daripada isteri-isteri yang lain. 

2. Saudah binti Zam'ah termasuk di antara perempuan pertama yang masuk islam, berhijrah ke Habasyah, menjaga Ummu Kultsum dan Fatimah. Nabi SAW berkahwin dengannya selepas Khadijah meninggal dunia.

3. Aisyah binti Abu Bakar ialah guru para sahabat dan tabi'in. Dia menjadi perempuan yang jujur dan anak daripada seorang ayah yang jujur. Dia merupakan satu satunya perempuan yang dinikahi Nabi SAW dalam keadaan gadis.

4. Hafsah binti Umar iaitu perempuan penghafal al-Quran, rajin berpuasa dan sembahyang malam. Suaminya meninggal dalam peperangan. Dia pernah diceraikan oleh Nabi SAW. Namun, rujuk kembali atas perintah Allah SWT. 

5. Zainab binti Huzaimah yang dikenal dengan nama Ummu Masakin. Dia menjadi janda daripada penjuang yang syahid di jalan Allah SWT. Dia meninggal dunia ketika Nabi SAW masih hidup. Dia merupakan perempuan pertama di antara isteri-isteri Nabi SAW yang dikuburkan di perkuburan Baqi. 

6. Ummu Salamah iaitu Hindun binti Abu Umaiyyah. Dia berhijrah dua kali bersama suaminya. Dia bijak dan pandai bermusyawarah.  Sebelum meninggal, Abu Salamah berdoa; 

''Ya Allah, jadikan pengganti bagi isteriku yang lebih baik daripadaku.''

7. Zainab binti Jahsy. Dia seorang perempuan muda yang cantik dan bijak. Ibunya bernama Umaimah binti Abdul Mutalib. Nabi SAW berkahwin dengannya mengikut perintah Allah SWT. Baginda menukar namanya daripada Barrah menjadi Zainab.

8. Juwairiyyah binti Al-Harith. Nama asalnya ialah Barrah. Ayahnya bernama Al-Harith bin Abu Dirar, seorang pemimpin Yahudi bani Mustaliq. Barrah ialah tawanan Nabi SAW. Kemudian dia dibebaskan dan ditukar namanya menjadi Juwairiyyah. Selepas ayahnya datang dan mengetahui keadaan anaknya, dia masuk islam dan seluruh Bani Mustaliq masuk islam.

9. Safiyyah binti Huyai. Dia seorang perempuan Yahudi Bani Nadir. Ayahnya iaitu pemimpin Yahudi. Begitu juga suaminya. Safiyyah iaitu tawanan Nabi SAW. Baginda SAW menawarkannya supaya masuk Islam danm mmenjadikannya isteri. 

10. Ummu Habibah. Dia bernama Ramlah. Dia lahir sebelum kenabian dan masuk Islam bersama suaminya dan ikut berhijrah ke Habsyah bersama suaminya, padahal ketika itu dia sedang mengandung anaknya yang bernama Habibah. 

11. Maimunah binti Al- Harith. Dia bernama asli Barrah. 

12. Mariah Al-Qibtiyah. Dia perempuan cantik dan hamba Muqauqis. Dia melahirkan anak lelaki Nabi SAW yang bernama Ibrahim, namun meninggal dunia ketika masih bayi.

13. Raihanah binti Syam'un. Dulu dia memeluk agama Yahudi, lalu masuk Islam. 

- Muhammad Ali Qutub, Zaujatul Al Ambiya wa Ummahatul Mukminin 2004 : 112, 121, 128, 139, 145, 148, 154, 160, 165, 171, 177, 181
Post a Comment