Thursday, May 31, 2018

Syok syok bergambor @KLIA 3D


29 Mei 2018
KLIA Sepang

Hari ini, ayahanda dan bonda tiri kita akan berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah seperti mana kebiasaannya sejak 15 tahun yang lepas. Setiap tahun, diorang berdua ni beraya di sana... Raya ketiga barulah balik beraya di Bangi dulu then baru ke Terengganu.




Sepanjang bertahun-tahun kitorang mengiringi diorang ke KLIA, tiada yang best-best pun kat sana selain menjamu mata tengok famili masing saling tangis menangis nak berpisah.. yang kitorang, macam orang tak de perasaan je.. hik3.. Maklumlah, da lali... setiap tahun kot.


Tapi kali ini, ruang yang biasa diadakan taklimat, berbeza. Ada tempat untuk shoot pix best-best..Apalagi, kita macam biasa jadi pengarah le.. mintak Ujang dan ChaCha jadi model.ekeekekeke..


Banyak lagi port yang best-best untuk tik tik tik..(ambil pix), tapi semua tempat da ada yang duduk. So, yang ini jelah. Kebiasaannya, kitorang selesai je urusan ayahanda, sah kitorang ke Anjung Tinjau.. konon nak layan kapal torobang..Tapi.... jeng jeng jeng..

Sepanjang laluan ke Anjung Tinjau, mak aiii..diorang tampal banyak gambar yang ala-ala 3D. Jom ler kita try bergambar. hikhihihih.. memang three-D. huwahahahaha... Apalagi.. menjadi model lagi ler diorang ni...



















Actually, kita sokong sangat laluan ke Anjung Tinjau ni ada lukisan-lukisan 3D yang berkonsepkan Malaysian ni. Selain memperkenalkan kepada orang luar, anak-anak kita pun boleh belajar... budak bandar mana laa tau sangat pasal zaman 1980an. Tak pasal-pasal kta jadi tourist guide untuk diorang taw!

Kepada sesiapa yang ke KLIA tu, jangan lupa bergambar di laluan Anjung Tinjau ni ye! Tak de kena bayaran pun.... orait, itu je update hari ini, take care... #spreadlove
Post a Comment