Thursday, April 19, 2018

Sumayyah Wanita yang Istiqamah dalam Iman



Ibnu Ishak menceritakan di dalam kitabnya bahawa Sumayyah, ibunda Ammar bin Yassir diseksa oleh orang kafir kerana dia dan keluarganya masuk islam, mengikuti Nabi SAW dan beriman kepada Allah SWT.

Sumayyah tidak mahu meninggalkan islam dan tidak mahu meninggalkan penyembahan kepada Allah SWT. Akibatnya Sumayyah dibunuh oleh orang kafir.

Yassir, suami Sumayyah, dulunya seorang hamba milik Bani Bakr bin Al-Asyja bin Laits. Dia dikahwinkan dengan hamba wanitanya yang bernama Sumayyah dan melahirkan seorang putera yang diberi nama Ammar bin Yassir.

Kemudian, mereka memerdekakannya. Ketika dakwah Nabi SAW sampai kepada mereka, mereka menerimanya dan beriman kepada dakwah Nabi SAW.

Inilah contoh wanita agung, syahidah pertama dalam islam. Dia rela mati ketika dipaksa untuk meninggalkan agamanya. Keteguhannya kepada islam begitu kuat. Seksaannya apa pun tidak menjadikannya gentar. Ia tidak gentar walaupun kematian harus dihadapinya.

Bersama suami dan anaknya, dia diperlakukan yang tidak ada sifat kemanusiaan daripada orang kafir. Segala cara telah ditempuh oleh orang kafir agar mereka meninggalkan ajaran Nabi SAW, namun semuanya tidak membuahkan hasil.

Mereka tetap kukuh dalam keimanan. Sampai akhirnya mereka membunuh suaminya yang bernama Yassir kemudian Sumayyah.

Penderitaan yang dialami keluarga Yassir juga dialami oleh kaum muslimin lainnya di awal islam. Seksaan, cacian, dan hinaan sering mereka terima. Tetapi mereka tetap memilih Allah SWT sebagai tuhannya, tidak tergoda dengan janji-janji mereka dan tidak goyah dengan pujuk rayu mereka.

Ketika berlaku penyeksaan terhadap Ammar dan Sumayyah oleh orang kafir di tengah-tengah gurun pasir di bawah terik sinar matahari. Nabi SAW melintasi dan tidak sanggup melihat penderitaan kaum muslimin ketika itu.

Begitu besar perjuangan mereka mempertahankan keimanan hingga harus diperlakukan seperti itu, Nabi SAW menghibur mereka dengan sabdanya;

"Sabarlah, wahai keluarga Yassir, sesungguhnya balasan iaitu syurga."

- Ibnu Ishak, Sirah An-Nabawiyyah, Juz 1, 2004 : 66
Post a Comment