Wednesday, May 30, 2018

Perbuatan Khianat Isteri Nabi Luth



Di antara perempuan yang akan masuk Neraka sehingga menerima seksa Allah SWT walaupun suaminya orangnya yang soleh iaitu isteri Nabi Luth AS.

Nabi Luth AS diperintahkan oleh Allah SWT untuk mengajak umatnya menyembahNya, meninggalkan penzinaan, kezaliman dan kehancuran. Tetapi mereka iaitu kaum yang tidak mengakui Nabi dan Rasul yang diutus Allah SWT kepada mereka sehingga mereka tetap berada dalam kemusyrikan, kezaliman dan berbuat kerosakan.

Bahkan isteri Nabi Luth AS sendiri menentang dakwahnya. Kesalahan yang dilakukan oleh isterinya bukan kerana dia berbuat zina (mengikut riwayat, isteri para nabi terhindar daripada penzinaan), melainkan memberitahu kepada kaumnya bahawa ada tetamu yang datang ke rumah Nabi Luth AS. Kekejian yang dilakukan oleh kaum Nabi Luth AS iaitu melakukan persetubuhan dengan sesama lelaki. (homoseksual).

Pada waktu itu, Nabi Luth AS kedatangan tetamu yang tak lain iaitu para malaikat yang diutuskan oleh Allah SWT sebagai bentuk ujian bagi kaumnya supaya Allah SWT mempunyai alasan yang lain untuk menghukum mereka.

Kemudian, kaum Nabi Luth AS datang ke rumahnya ketika mengetahui ada tetamu di rumahnya. Tetamu tersebut berwajah tampan. Lalu Allah SWT memberitahu Nabi Luth AS bahawa kaumnya datang ke rumahnya.

Baginda pun mengatakan kepada mereka bahawa orang itu ialah tetamunya sambil meminta mereka untuk tidak mengganggunya dan menyuruh mereka bertakwa kepada Allah SWT. Mereka berkata;

"Apakah kami melarang kamu untuk menjamu tetamu?"

Mereka tidak melarang Nabi Luth untuk menjamu tetamu. Kemudian mereka menunjuk isteri Nabi Luth AS bahawa dialah yang telah memberitahu mereka tentang kedatangan tetamu di rumahnya.

Lalu Allah SWT memerintahkan Nabi Luth untuk meninggalkan daerahnya supaya selamat daripada seksa Allagh SWT. Kemudian turunlah seksa Allah SWT kepada kaum Nabi Luth AS termasuk isteri yang menyediakan makan, menemaninya siang dan malam. Walaupun Nabi Luth AS seorang nabi, baginda tetap mampu menolong isterinya sendiri daripada seksa Allah SWT.

- Ibnu Kasir, Qasasul Anbiya, 1988 : 169
Post a Comment