Saturday, April 21, 2018

Panduan Memilih Pasangan



Sekurang-kurangnya, ada 4 motif atau penyebab seseorang berkahwin dengan perempuan :

1. Kerana hartanya
Harta seseorang kadang kala dan kadang kala sedikit. Apabila seseorang berkahwin kerana harta, suatu ketika hartanya akan habis sehingga pernikahan pun berakhir.

2. Kerana kedudukannya
Seseorang tidak selama-lamanya mempunyai kedudukan. Kalau seseorang berkahwin kerana kedudukan, kedudukan boleh sahaja hilang sehingga pernikahan pun berakhir.

3. Kerana kecantikan
Kecantikan seseorang semakin lama semakin berkurang

4. Kerana agama
Insha allah kalau berkahwin atas dasar agama, perkahwinan itu akan kekal selamanya.

Imam Nawawi mengatakan bahawa hadis ini menunjukkan kecenderungan manusia untuk berkahwin dengan perempuan. Mereka berkahwin dengan perempuan kerana 4 perkara ini. Petunjuk Nabi SAW supaya mengutamakan yang baik agamanya bukan bererti perintah untuk memilih yang baik agamanya itulah yang dinikahi.

Hadis ini juga menganjurkan untuk bergaul dengan orang yang baik agamanya supaya dijauhkan daripada keburukkannya.

Di dalam kitab Tuhfatul Ahwazi, dikatakan bahawa apabila seseorang akan berkahwin, dia akan memilih perempuan yang akan dinikahinya. Ada yang berkahwin dengannya kerana hartanya, kedudukannya, kecantikannya dan agamanya.

Namun sebaiknya ialah memilih perempuan yang akan dinikahi itu kerana agamanya.

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, 

"Janganlah kamu berkahwin dengan perempuan kerana kecantikkannya, boleh jadi kecantikkan seorang perempuan lama kelamaan akan hilang. Janganlah berkahwin dengan perempuan kerana harta bendanya, dibimbangkan harta benda perempuan itu akan menyebabkannya berbuat maksiat. Dan berkahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Hamba perempuan yang berkulit hitam tetapi beragama bagus itu lebih baik."

Imam Al-Hakim berkata, "Nikahlah dengan perempuan kerana salah satu di antara 3 perkara :

i. kecantikkannya
ii. Agamanya
iii. Akhlaknya

Pilihlah yang beragama bagus dan berakhlak baik.

- Imam Nawawi, Syarh Sahih Muslim, Juz 5, 2000 : 201
Post a Comment