Sunday, May 13, 2018

Pakaian Wanita di Syurga



gambar dari tafsirq.com
Allah berfirman; 
''Dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera.''

Penghuni syurga baik lelaki mahupun perempuan mengenakan pakaian yang terbuat daripada sutera. Pakaian mereka ini berbeza dengan pakaian penghuni neraka. Pakaian penghuni syurga terbuat daripada sutera, mungkin sutera halus mungkin juga sutera tebal.

Allah berfirman;
''Mereka berpakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan memakai gelang diperbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih (dan suci)'' - Surah Al Insan, 76 : 21

Disebutkan dalam kitab As-Sahih; 
''Janganlah kalian memakai sutera dan brukat (seperti kebaya yang jarang) di dunia kerana sesiapa yang memakainya di dunia, maka ia tidak akan memakainya di akhirat''

Abdullah bin Zubair berkata;
''Sesiapa yang tidak memakai sutera di akhirat, maka ia tidak masuk syurga, kerana Allah berfirman,
''Dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera.''

Ada yang mentafsirkan bahawa firmanNya;
''Dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera."

Iaitu semua yang mereka pakai seperti sikat, pakaian dan kain penutup mereka, diperbuat daripada sutera. Sutera di syurga semestinya tiada tandingan kualitinya daripada kebanyakan sutera di dunia."

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda;
''Sesiapa yang memakai sutera di dunia maka dia tidak akan memakainya di akhirat. Sesiapa yang meminum arak di dunia maka dia tidak akan meminumnya di akhirat. Sesiapa yang minum dengan perabot emas dan perak, maka ia tidak akan minum dengan menggunakannya di akhirat.''

Kemudian Baginda SAW berkata;
''Itulah pakaian penghuni syurga, minuman penghuni syurga, dan perabot penghuni syurga.'' - Hadis Riwayat An-Nasaer. 

- Ibnu Kasir, Tafsir Ibni Kasir, 1422H /2002M
Post a Comment