Wednesday, May 2, 2018

Nisfu Syaaban


- bersamaan malam 1000 bulan

Amalan malam Nisfu Syaaban untuk mendapat rahmat Allah bermulanya terbenamnya matahari sehingga terbit fajarnya :
i. berjagalah pada waktu malamnya
- memohon ampun, allah akan ampunkan
- meminta rezeki, allah akan kurniakan
-ditimpa bala, allah akan lepaskannya
ii. berpuasa pada siangnya

Namun, bagi golongan Musyrik (menyekutukan Allah) dan Musyabin (orang yang saling membenci)

- Hadis Riwayat Ibnu Majah, At-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa :
Ada lima malam iaitu :
i. Malam Jumaat
ii. Malam Hari Raya Adil Adha
iii. Malam Hari Raya Aidil Fitri
iv. Malam Pertama bulan Rejab
v. Malam Nisfu Syaaban

- Imam Asy-Syafie

Bulan Syaaban sinonim dengan Nisfu Syaaban seperti mana bulan Ramadhan yang ada malam Lailatul Qadar.  Nama Nisfu Syaaban juga dikenali sebagai :

Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
Lailatul Baraah (malam pelepasan),
Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
Lailatul Syafaah (malam syafaat)
Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

Pintu Langit keampunan terbuka kepada orang yang melakukan ibadah kepada Allah SWT dan tidak menyekutukanNya.

Dosa tidak terampun pada malam nisfu Sya'aban kepada mereka :

1. Menyekutukan Allah SWT
2. Tukang sihir dan tukang tilik
3. Derhaka kepada ibu bapa
4. Peminum arak
5. Penzina
6. Pemakan riba
7. Penyebar fitnah
8. Suka bermusuhan
9. Menipu dalam perniagaan
10. Memutuskan silaturrahim

Pada malam tersebut amatlah digalakkan membaca :
1. Kalimah syahadah
2. Surah Yassin 3x
3. Beristighfar
4. Berselawat dan berdoa
5. Bertasbih, bertahmid, tahlil dan bertakbir
6. Menunaikan solat
- Solat Sunat Mutlaq
- Solat Sunat Isyraq
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Awwabin
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.

7. Membaca al-Quran dan bersedekah

Bermohonlah agar ditambahkan tahap keimanan dan kecintaan kepada Allah SWT agar kita sentiasa berada di atas jalan kebenaran.

sumber: Keagungan Dan Amalan Malam Nisfu Syaaban
Post a Comment