Wednesday, April 11, 2018

Nasihat Rasullullah SAW kepada Perempuan


Imam Muslim meriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a, dia berkata;

Saya pernah melihat solat hari raya bersama Rasullullah SAW. Baginda SAW memulakan hari raya dengan melaksanakan solat hari raya terlebih dahulu kemudian berkhutbah, tanpa azan dan tanpa iqamah. Kemudian Baginda SAW berdiri dengan berpegangan dengan Bilal bin Rabah. 

Rasullullah SAW memerintahkan manusia untuk bertakwa dan mentaati Allah SWT. Baginda SAW menasihatkan dan mengingatkan mereka. Kemudian Baginda SAW berlalu hingga sampai kepada kaum perempuan. Baginda SAW pun menasihati kaum perempuan dan mengingatkan mereka. 

Baginda SAW bersabda; 

"Wahai kaum perempuan, bersedekahlah kerana sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi bahan bakar api neraka Jahannam."

Lalu ada seorang perempuan berdiri dengan wajah merah hitam pada pipinya yang berada di tengah-tengah kerumunan mereka. Perempuan itu bertanya; 

"Kenapa seperti itu, wahai Rasullullah?"

Rasullullah SAW menjawab;

"Kerana kamu banyak mengeluh dan melawan suami"


Jabbir berkata; 

Selepas itu, mereka menyedekahkan perhiasan mereka. Mereka melemparkan anting-anting dan cincin yang mereka pakai ke kain yang dibentangkan oleh Bilal. 

Ibnu Hajar mengatakan bahawa hadis tersebut merupakan bentuk keprihatinan Rasullullah SAW kepada kaum perempuan. Baginda SAW menasihati mereka mengenai perkara-perkara yang bermanfaat bagi mereka. Di antaranya ialah : 

1. Jangan banyak mengeluh 
2. Jangan melawan suaminya

Hadis ini juga menganjurkan untuk menasihati perempuan, mengingatkannya dan mengajarnya masalah hukum agama, serta mendorongnya untuk bersedekah. 

gambar dari tafsirq.com
Perempuan yang beriman kepada Allah SWT ialah perempuan yang beriman kepada Rasullullah SAW, sehingga apa pun panduan Baginda SAW dibenarkan dan dilaksanakan oleh mereka dengan sebaik-baiknya dan secepat mungkin. 

Tatkala mereka mengetahui bahawa di antara yang boleh menyelamatkan mereka daripada api neraka Jahannam ialah dengan bersedekah. Mereka langsung melepaskan perhiasan yang dipakainya, seperti anting-anting, gelang dan rantainya. Mereka menyakini ucapan Rasullullah SAW. 

Mereka mempercayai bahawa sedekah ini akan menyelamatkannya. 

- Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, Juz 3, 2000 : 407