Thursday, May 17, 2018

Kisah Lawatan Nabi Musa AS Bersama Isterinya


gambar dari tafsirq.com
Ayat ini menerangkan bahawa selepas Nabi Musa AS melaksanakan tugasnya selama 10 tahun dengan sebaik-baiknya, dia pun minta izin kepada mentuanya untuk kembali ke Mesir, yang merupakan kampung halamannya, bersama isterinya. 

Tentu sahaja tidak ada alasan bagi mentuanya untuk menahannya kerana semua ketentuan yang telah ditetapkan untuk mengahwini anaknya sudah dipenuhi Nabi Musa AS. Hanya sahaja sebagai orang tua, dia tidak akan sampai hati melepaskan anak menantunya begitu sahaja, tanpa memberikan sekadar bekal di jalan. Mentuanya membekali secukupnya dan memberikan kepadanya beberapa ekor kambing.

Musa lalu berangkat bersama isterinya menempuh jalan yang pernah ditempuhnya dahulu sewaktu dia lari daripada mesir. Di pertengahan jalan, dia berhenti di suatu tempat untuk melepaskan lelah. Kerana malam gelap gelita, maka dia mencuba menyalakan api dengan batu. 

Akan tetapi, unggunnya tidak mahu menyala sehingga dia hampir putus asa kerana tidak boleh mengerjakan sesuatu dalam gelap gelita itu. Udara pun sangat dingin sehingga dia dan keluarganya tidak akan dapat bertahan lama tanpa ada api untuk menghangatkan diri.

Dalam keadaan demikian, sayup sayup dia melihat nyala api di sebelah kanan Gunung Tur. Lalu dia berkata kepada isterinya untuk menunggu di tempatnya kerana dia akan pergi ke tempat api itu. Semoga orang di sana boleh memberikan petunjuk kepadanya tentang perjalanan ini atau dia boleh membawa sepotong kayu api supaya mereka boleh menghangatkan badan daripada udara dingin yang tak mampu ditahan.

Kesimpulannya daripada ayat ini ialah selepas Nabi Musa AS menyelesaikan tugas yang dijanjikan kepada mentuanya, dia pun berangkat menuju kampung halamannya di Mesir di tengah jalan, dia berhenti di suatu tempat kerana sangat lelah dan udara sangat dingin. Sayup sayup dia melihat api, maka dia meminta izin kepada isterinya untuk pergi ke tempat itu.

- Dipatermen Agama RI, Al-Quranulkarim  wa Tafsiruhu, 2009 : 288
Post a Comment