Friday, April 27, 2018

Kisah Kesetiaan Isteri Nabi Ayub AS




Wahab bin Al-Munabbih berkata, Allah SWT menguji hambaNya yang bernama Ayub di hadapan para malaikat kerana ketakwaannya kepadaNya. Mendengar Allah SWT memuji hambaNya yang bernama Ayub, para malaikat pun mendoakannya.

Hal ini terdengar oleh Iblis. Iblis pun iri dan dengki dengan pujian Allah SWT kepada Ayub.

Kemudian Iblis meminta kepada Allah SWT supaya mengizinkannya untuk menguji agama dan keyakinan Nabi Ayub. Allah SWT pun membenarkan Iblis untuk menguji harta bendanya, bukan jasad dan akalnya.

Bila masa itu, Nabi Ayub AS mempunyai harta yang banyak. Tanahnya berbentang dari timur Negeri Syam hingga barat, kambing biri-biri yang digembalakannya berjumlah 1000 ekor, rumahnya 500 faddan (1 faddan = 1/2 hektar). 

Baginda mempunyai 500 hamba. Setiap hamba mempunyai isteri, anak, harta dan membawa bajak yang ditarik oleh 2 ekor keldai. Setiap keldai mempunyai anak sekitar 2 - 5 ekor atau lebih. Kemudian Iblis mengumpulkan kawan-kawannya. Di hadapan mereka Iblis berkata;

"Apa kekuatan dan pengetahuan yang kamu punya untuk menguji Ayub?"

Masing-masing mengatakan bahawa mereka mampu menghancurkan apa pun. Lalu mereka menghancurkan semua harta benda Nabi Ayub. Walaupun mendapat ujian tersebut, Nabi Ayub AS tetap memuji Allah SWT, beribadah kepadaNya, bersyukur atas nikmat yang diberikanNya kepadanya dan bersabar di atas musibah yang menimpanya.

Ketika melihat perkara itu, Iblis meminta kepada Allah SWT untuk mengizinkannya menguji Ayub AS lagi. Allah SWT menguji Nabi Ayub AS dengan kematian zuriatnya. Nabi Ayub AS pun menangis dan bersedih hingga meletakkan debu di kepalanya. Melihat perkara ini Iblis berasa menang tetapi ternyata Nabi Ayub AS bertaubat selepas itu.

Kemudian Nabi Ayub AS diuji dengan penyakit sehingga dihalau daripada kampungnya dan tidak ada yang mendekati dirinya di luar kampung, selain isterinya yang bernama Lia binti Yaakob. Allah SWT memuji Ayub AS. 

Perkara ini menyebabkan Iblis dengki. Iblis menguji Ayub AS secara bertubi-tubi. Hartanya yang banyak berupa tanah, binatang, dan hamba habis. Anaknya meninggal. Ayub AS sakit parah. Orang menghalaunya daripada kampung halamannya. Tidak ada yang menemaninya kecuali isterinya yang bernama Lia binti Yaakob

- Ibnu Jarir at-Tabari, Tarikh at-Tabari : 109
Post a Comment