Tuesday, April 17, 2018

Khadijah Perempuan Pertama Memeluk Islam




Ketika pintu Kaabah dibuka, kaum perempuan berduyun-duyun datang. Khadijah dan para hamba sahaya perempuan tidak mahu ketinggalan. Mereka pergi ke Kaabah, masuk ke dalamnya dengan pakaian yang diperbuat daripada sutera dan wajah terpancar cahaya.

Mereka masuk melalui pintu Makam Ibrahim. Mereka tidak mengetahui takdir mereka, tetapi mempercayai bahawa hasrat mereka akan terkabul. Kemudian Khadijah melakukan tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7x. Lalu berhenti di depan Multazam sambil berdoa kepada Allah SWT supaya Dia memberkati perniagaannya.

Khadijah juga berdoa supaya Allah SWT merealisasikan angan-angannya. Dialah Khadijah, pemuka suku Quraisy, ketua perempuan terbaik seluruh dunia. Nasabnya ialah Khadijah Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Quusay bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luay.

Ibunya bernama Fatimah binti Zaidah bin Al-Asham bin Haram bin Rawahah. Khadijah lahir 15 tahun sebelum Tahun Gajah daripada kalangan keluarga yang terhormat. Dia perempuan yang bijak akalnya dan baik budi pekertinya. 

Dia berkahwin dengan Abu Halah bin Zurarah At-Taimi dan melahirkan dua orang anak ialah Hindun dan Halah. Selepas suaminya meninggal, Khadijah berkahwin lagi dengan Atiq bin Abid bin Abdullah Al-Makhzumi tetapi berlangsung lama.

Akhirnya mereka bercerai. Selepas itu, banyak para pemimpin suku Quraisy yang berhasrat yang menjadikannya isteri. Tetapi dia lebih memilih untuk mengurus anak-anak dan perniagaannya. Dia seorang saudagar kaya. Dia mengambil ramai orang untuk mengurus perniagaannya.

Ketika dia mendengar kejujuran Nabi SAW, dia mengajak Nabi SAW untuk membawa dagangan dengan disertai hamba Maesarah. Ternyata Nabi SAW mendapat keuntungan yang sangat banyak. Khadijah sangat gembira dengan hasil perniagaannya tetapi lebih gembira dengan keperibadian Nabi SAW.

Selepas NAbi SAW diangkat menjadi rasul, Khadijah pun menjadi penyokong dan pembela dakwah Nabi SAW. Dia merupakan perempuan pertama yang masuk islam.

- DR. Bassam Muhammad Hamami, Nisa Haula Rasul, 1413H/1993 M:68
Post a Comment