Saturday, May 12, 2018

Hakikat Wali Allah


gambar dari tafsirq.com
Kekuasaan Allah SWT terbahagi menjadi dua, iaitu:

1. Kekuasaan kasih sayangNya secara am. 
Dia menguasai seluruh makhluknya. Dia boleh berbuat apa sahaja sesuai dengan hasratNya. Seluruh urusan makhluk ada di dalam kekuasaanNya. Dia tetap mengatur makhluk dan memberikannya rezeki baik makhluk itu bekerja mahupun tidak. Itulah kasih sayangNya secara am untuk seluruh makhlukNya.

2. Kekuasaan dan kasih sayangNya secara khas. 
Dia hanya menyayangi dan memberi perhatian secara khas kepada para hambaNya yang melakukan amalan-amalan khas pula. Orang yang diberi kasih sayang olehNya secara khas inilah yang kemudian disebut sebagai waliNya. Tentunya untuk mencapai darjat seperti ini baik lelaki mahupun perempuan perlu melakukan usaha-usaha yang boleh menyebabkan Allah SWT menurunkan kasih sayangNya secara khas.

Dalam Surah Yunus, 10 : 63, dikatakan  bahawa wali Allah SWT iaitu orang yang beriman dengan sebenar-benar iman dan melakukan amalan takwa. Dua perkara ini yang menyebabkan seseorang menjadi wali dan kekasihNya. Tanpa keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, tidak mungkin seseorang mencapai darjat sebagai waliNya. 

Nabi SAW bersabda; Allah SWT berfirman; 
''Sesiapa yang memusuhi waliKu maka aku izinkan orang yang memusuhi waliKu untuk diperangi.''

Allah SWT mencintai hambaNya yang mendekatkan diri kepadaNya dengan amalan wajib. Seseorang hamba sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amalan sunnah sehingga Allah SWT mencintainya. Jika orang yang dicintaiNya meminta kepadaNya, maka Dia akan perkenankan, jika dia meminta perlindungan kepadaNya, maka dia akan melindungiNya.'' - Hadis Riwayat Bukhari

Inilah makna wali Allah SWT dan orang yang berhak yang menjadi waliNya. Wali Allah SWT ada di kalangan lelaki dan perempuan. Semakin tinggi keimanan dan ketakwaan seseorang, maka semakin tinggi pula darjat kewaliannya. 

- Asy-Syaikh Muhammad bin Saleh Al-Utsaimin, Syarh Riadis Salihin, Juz 1,2008:365-366
Post a Comment