Friday, March 30, 2018

Day 4 : Tomb Raider Wat - Ho Chi Minh - Phnom Penh - Seam Reap - Aryanphratet

Hari Keempat
7hb November 2014
Angkor Wat, Seam Reap, Cambodia

Da puas meronda -ronda di sekitar Angkor Wat, kami pun berjalan menuju ke kenderaan untuk ke candi seterusnya. Sambil-sambil tu, kita tengok apa yang ada di sekitar area Candi Agung ni.


Pepagi memang tok sami membaca mantera... macam kita orang islam, pepagi mengaji. Depa pun cenggitu ler. Mengaji untuk penghuni kubur-kubur ni la kot.

Walaupun hari cerah, terasa seram jugaklah bila melintasi tempat ni, tambah2 dengar tok sami tu dok membaca mantera tak berenti2...hik3
Akhirnya, kami pun sampai jugak laah kat pak supir. Pak Supir ni pun, bawaklah kita ke candi yang ke tiga. Sepanjang perjalanan tu, banyak jugak lah, candi candi yang sedang dibaikpulih. Dan kita pun tak da hingin pun nak bergambar pada setiap candi yang ada di sepanjang jalan menghala ke Candi Ketiga - Tomb Rider tu. 


Pak Supir kita ni langsung tak reti cakap melayu. Kita pulak tak fasih berbahasa inggeris.. So, tak de laa apa laa yang nak disembangkan ler. 

Ini gerbang Buddha Selatan.. Kita tak de nak berenti pun. 
Candi yang da runtuh...
Memang ada beratus-ratus kuil yang macam ni...
Ada lagi pintu gerbangnya untuk ke Tomb Raider tu

Antara candi yang sedang dibaikpulih.
Dah nak sampai kat candi Ta Phrom aka Tomb Raider tu, kami kena berjalan kaki ke sana

Di bawah pemerintahan Jayawarman VII, kawasan kuil di dataran Angkor ni di kelilingi dengan tasik buatan manusia

Silakanlah baca sendiri... 

Jambatan yang perlu direntasi untuk ke Kuil Ta Phrom

Ngerila kita nak masuk aiiiih.. bimbang tersesat

Asya da start posing gitu gitu je laa.. letih doh
Dah malas da nak jejalan lagi...

Dalam kuil tu, ada banyak colok dan kemenyan




Muka masing-masing da sembap, nak balik tido...

Dah puas jamu mata kat sini, jomla kita balik hotel... Tido... Petang nanti nak ke tasik yang terbesar di Asia Tenggara, Tonle Sap pula.. layan sunset. hik2 #spreadlove
Post a Comment