Friday, May 25, 2018

Aduh...manisnya senyumanmu! Review Ubat Gigi


Melaleuca
- Adalah pokok gelam wangi atau tea tree atau nama saintifiknya Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Australia)
- Banyak terdapat di Australia terutamanya di New South Wales
- Minyak kayu putih ini diekstrak dari daunnya yang segar. 
- Berbanding minyak tea tree dari tempat lain, yang dari Australia ini lebih efektif dan kurang memberi kesan iritasi pada kulit.


Khasiatnya  

- Minyaknya banyak terdapat dalam produk penjagaan kulit kerana sifatnya yang antibakteria dan antikulat
- Minyak tea tree ini amat sesuai untuk membantu rawatan untuk jerawat, kelemumur dan masalah tinea (kulat pada badan) seperti panau, kurap, ruam gatal dan sebagainya.
- Jadinya minyaknya banyak terdapat dalam ubatan herba, deodoran, syampu, sabun, losen dan ubat gigi. 
- Sifat minyak ini bertoksik, sekiranya disapu berlebihan dalam dos yang pekat, boleh menyebabkan radang dan sel atas kulit mati.

Di usha mintak guna produk Melaleuca

Di kawasan kita ni, dah ramai orang beralih shopping di kedai organik Melaleuca. Melaleuca ini adalah satu kedai yang menyediakan pelbagai produk-produk kegunaan harian dan kosmetik seperti sabun, syampu, ubat gigi, losen, bedak, ubat kumur, krim, gincu, eye shadow, deodoran dan sebagainya. 

Kenapa Melaleuca?
Kerana .. produk di kedai Melaleuca ini mengamalkan konsep kedai sihat yang menggunakan bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tinggi, bernilai baik, selamat untuk keluarga dan lebih baik untuk alam sekitar kerana ia bebas dari bahan kimia merbahaya.

Tawaran Melalueca yang paling paling best adalah yang mana setiap barangannya tu ada jaminan pulangan wang sekiranya kita tidak berpuas hati. Wow!!! kedai lain ada tak konsep macam ni, tak? Melaleuca terlalu yakin nampaknya kan?

Oraitt.. berbalik pada jiran kita tu... 
Mana je kita pergi, diorang ni mintalah kita try. Katanya, kalau tak berkenan, barangnya boleh ditukar balik. Ok! kita try... risk taker, hik3


Kita Try Ubat Gigi dan Sabun Mandi dulu!

Dah diusha berkali-kali dan ditawarkan dengan money back gurantee.. kita pun mendaftarlah menjadi ahli Melaleuca. Kalau tak jadi ahli, tak de ID, tak leh la nak shopping, huhuhu.

Konsep kedai ini, kena ada ID, sebab order online! Tak payah nak pergi ke kedai fizikal pun... Wow! lagi best. Bersempena bulan Ramdhan ini, keahliannya hanya RM10 je. Kalau tidak, RM70 tau. hik3... setakat RM10, jom ler.. boleh ajer... Janji kalau tak puas ati, kita nak duit kita balik!

Jadinya kita belilah, ubat gigi Melaleuca Dental Care dan sabun mandi. Dua barang tu harganya baru dalam RM29. Diorang kata jimat sebab harga ubat gigi whitening kat luar sana mahal. Tak caya leh.. google.. tak pun cuba wat serbey. tak pun klik kat sini ... Harga ubat gigi Whitening di Malaysia.

Kebetulan plak, ubat gigi yang kita pakai sekarang ni, tak leh nak hilangkan plak, warna kuning dan tartar pada gigi kita. Huhuhuhu...!

Gambar dari The Best Whitener Tooth Paste
Apa kata kita tentang Melaleuca Whitening Tooth Polish Fresh Mint

Kod warna
Mula-mula kita terima ubat gigi ni, kita belek-belek dulu. Intai kod warna tu, yang ada color biru, hijau, merah dan hitam tu... Haa.. yang ni, hang pa jangan tertipu pula. Itu sebenarnya tiada petanda kata ada bahan kimia atau tidak. Itu hanya eye mark untuk pembungkusan je. Tak caya, baca artikel ni. Rahsia Kod Warna Pada Tiub Ubat Gigi?

Kandungan "With Whitening Papain, T40-C3 Melaleuca Oil, Propolis and Myrrh" 
Walaupun kita ni bukannya budak kimia pun, tapi memang cenggitu ler sejak sejak join Shaklee, kita diajar untuk membaca kandungan bahan dan faham kalau tak banyak pun, skit pun tak per, tentang bahan-bahan tu. Lagipun kita ada pakcik google yang boleh tolong carikan maklumat tu kan... 

Jadinya pada kotak ubat gigi ini ada tertulis "With Whitening Papain, T40-C3 Melaleuca Oil, Propolis and Myrrh"

Apalah maknanya tu yer, mawar oi?

- Whitening Papain 
Alah papain tu adalah papaya (betik). Tapi enzimnya orang panggil papain. Ia menggantikan hydrogen-peroxide yang ada dalam ubat gigi. Papain ini ada dalam rumpai betik gunung yang boleh memecahkan kotoran permukaan gigi untuk jadi lebih putih tanpa merosakkan enamel gigi dan menjejaskan kesihatan mulut.

Jap kita tunjukkan gambar nya. 


T40-C3 Melaleuca Oil
Pati dari minyak Tea Tree ini dituai dari hanya pokok Melaleuca alternifolia, yang boleh membantu mengawal bakteria mulut dan menyegarkan nafas. Sesuai sangat digunakan time bulan Ramadhan ni. 

Apa hebatnya pati minyak ini?
Ia boleh digunakan untuk merawat luka-luka kecil, gigitan serangga dan luka terbakar. Pati minyak ini bertindak secara lembut pada kulit dan melegakan "ouches," secara semulajadi untuk melawan bakteria, cepat serap dan membasmi bakteria dan proses seterusnya penyembuhan. 

Kata orang yang usha kita tu, kalau gigi berlubang, boleh letak skit ubat gigi tu pada tempat yang sakit tu. Gigi kita ada yang berlubang kesan tampal 8 tahun lepas, kita try, memang hokey!!! Waahhh .. .best! 

Gambar dari Myrhh
Myrrh
Perkataan baru untuk kita. Rupanya Myrhh tu getah pokok atau damar yang diambil dari pokok-pokok Afrika dan Timur Tengah yang fungsinya adalah sebagai astringen semula jadi (bahan pengecut kulit yang radang seperti bengkak); Perubatan tradisional telah lama mengiktiraf myrrh untuk kebolehan memerangi kuman. 

Xylitol
Serat dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijadikan pemanis semulajadi. Xylitol ini tidak boleh ditapai oleh bakteria di dalam mulut, jadi ia memaniskan tanpa menyumbang kepada kerosakan gigi seperti cara gula tiruan yang ada dalam produk ubat gigi lain. 

Jadi... untuk whitening, diorang pakai Papain, untuk penyegar nafas, diorang masukkan pati minyak Tea Tree dan Myrhh, dan untuk pemanis, diorang masukkan Xylitol. Semuanya bahan semulajadi... wah!! best!!!

Gambar dari Nerve Damage to Teeth
Kesimpulannya
Semakin usia kita meningkat, gigi kita semakin kuning, banyak plak dan ada tompok-tompok hitam yang disebabkan oleh apa yang kita makan atau minum dan amalan gaya hidup kita. 

Jadinya kita yang nak sentiasa kelihatan muda remaja, dan punya senyuman yang amat menawan dengan sebaris gigi yang putih bak mutiara, nak tak nak kita memang kena buang segala kotoran degil yang ada pada gigi kita, kan. 

Sekarang ni banyak sangat produk yang menawarkan produk pemutih gigi yang adakalanya mempunyai bahan kimia merbahaya yang amat tinggi seperti hydrogen-peroxide (bahan kimia sintetik untuk menanggalkan kotoran)

Gambar dari India Mart
Hydrogen-peroxide ni merbahaya pada enamel gigi kita, kerana ia adalah bahan kimia yang bertindak seperti klorox (menghakis), semakin terhakis, semakin sensitif ler gigi kita. pantang minuman sejuk, kita mula rasa ngilu. Jadi, tolak PEROKSID

Bagaimana pula dengan tetamu yang tidak diundang masuk bertapak dalam mulut kita? 
Ada 100 juta bakteria dalam setiap titis air liur kita. Tamu ini bukanlah merbahaya untuk kita pun, tapi ada jugak yang gengster yang boleh mengancam keharmonian mulut kita ni. Kalau tak betul-betul ditangani dengan baik iaitu dengan menggosok gigi dengan betul dan sekurang-kurang dua kali sehari, gengster ini akan menyebabkan masalah gigi iaitu :

i. tartar
Kalkulus (tartar), lapisan plak yang mengeras seperti semen yang tidak dapat dihilangkan dengan memberus gigi tetapi dengan membuat scaling.

ii. Plaks
- sisa makanan yang melekat pada gigi. Jika melekat terlalu lama boleh mendatangkan masalah gigi dan gusi

iii. Gigi reput 
iv. Sakit gusi
v. Mulut berbau dan
vi. Periodontitis - Sakit gusi tahap yang seruis yang disebabkan tisu dan tulang gigi yang rosak.

Jadinya, sebagai pengguna yang bijak, yang menolak penggunaan penggunaan hydrogen-peroxyde sebagai agen klorox gigi, kita bertukar kepada bahan-bahan semulajadi untuk hasil senyuman yang indah bak mutiara di lautan Maldives.  

Doktor gigi pun turut mengesyorkan kita memberus gigi dua kali sehari. Kita rasa lebih yakin dengan menggunakan Ubat Gigi Melaleuca ni kerana ia melindungi gigi daripada plak dan tartar selain memutihkan gigi dan menyegarkan bau nafas. 

Nanti, bila berkesempatan, kita review Sabun Mandi Melaleuca plak yer... #spreadlove
Post a Comment