Saturday, May 19, 2018

4 Tujuan Pernikahan Bagi Wanita


gambar dari tafsirq.com
Ayat ini menjelaskan bahawa manusia mempunyai perasaan terhadap pasangan jantinanya. Perasaan ini membangun diri dan mendorongnya untuk membina hubungan antara lelaki dan perempuan. Akan tetapi, manusia mesti ingat bahawa hanya Allah SWT yang menciptakan pasangan mereka daripada jenis mereka sendiri dan mencipta perasaan terhadap pasangannya.

Tujuan terjalinnya hubungan ini iaitu bagi mendapat ketenangan jiwa, ketenteraman hati, ketenangan hidup dan kebahagiaan hati sanubari. Kerana itu, Allah SWT menyebut pernikahan dengan bahasa yang halus iaitu ketenangan, saling cinta dan sayang, supaya manusia mengetahui hikmah yang ada di sebalik penciptaan mereka dalam dua jenis. 

Perkara ini disesuaikan dengan keperluan fitrah manusia, baik keperluan nafsu, akal, mahupun jasadnya, yang hanya akan dipenuhi melalui perkahwinan. Oleh kerana itu, Allah SWT menjelaskan bahawa tujuan pernikahan iaitu untuk suami isteri untuk mencari ketenangan dan kecintaan dan kasih sayang.

- Sayyid Qutub, Tafsir fi zilalil Quran, 5 : 485
Post a Comment