Friday, June 1, 2018

#30 Fadilat Solat Terawih


Assalamualaikum wbt semua...

Di sini, kita nak kongsikan doa harian di bulan Ramadhan yang penuh barokah ni dan fadilat solat terawih. Semuanya ini kita olah dari Shafiqolbu - Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat! Laman ini sentiasa menjadi rujukan kita.


#1 - Ganjarannya seperti tiada dosa umpama bayi yang baru lahir  


#2 - Ganjarannya dia dan kedua ibu bapanya diampuni (sekiranya mukmin)


#3 - Ganjarannya, malaikat mendoakan dosanya sentiasa diampuni


#4 - Ganjaran pahala umpama membaca keempat-empat kitab Allah iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


#5 - Ganjaran pahala umpama solat di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa


#6 - Ganjaran pahala umpama bertawaf di Baitul Makmur (tempat Nabi Ibrahim AS) dan setiap batu dan tanah berdoa memohon keampunan


#7 - Ganjarannya umpama ia telah mencapai darjat Nabi Musa AS atas kemenangannya menentang Firaun dan Haman


#8 - Ganjarannya umpama Allah SWT memberikan pahala yang telah diberikan kepada Nabi Ibrahim AS


#9 - Ganjaran pahala umpama ibadatnya Nabi SAW


#10 - Ganjarannya Allah SWT mengurniakan segala kebaikan di dunia dan di akhirat


#11 - Ganjarannya umpama dia bersih dari segala dosanya semasa meninggal dunia  


#12 -  Ganjarannya pada hari kiamat nanti, wajahnya cerah bercahaya umpama bulan purnama


#13 -  Ganjarannya pada hari kiamat nanti, dia selamat dari segala keburukan atau kejahatan


#14 -  Para malaikat menjadi saksi dia melaksanakan ibadat terawih


#15 - Para malaikat dan para penongkat Arsy dan Kursi mendoakannya 


#16 - Ganjarannya Allah SWT memberikan kebebasan dari api neraka


#17 - Ganjaran pahala umpama pahala para Nabi  


#18 - Ganjarannya umpama para malaikat memohon keredhaan Allah SWT untuk dirinya dan kedua ibu bapanya 


#19 - Ganjarannya umpama Allah SWT mengangkat darjatnya ke dalam  syurga Firdaus


#20 - Ganjaran pahala umpama pahala para syuhada dan para sholihin 


#21 - Ganjarannya umpama Allah SWT membina satu istana di syurga yang diperbuat dari  cahaya 


#22 - Ganjarannya pada hari kiamat dia bebas dari sebarang kesedihan dan kesusahan 


#23 - Ganjarannya umpama Allah SWT membina sebuah kota di dalam syurga 


#24 - Ganjarannya umpama dia memperolehi 24 doa yang dimakbulkan 


#25 - Ganjarannya umpama dia terhindar dari azab kubur 


#26 - Ganjarannya umpama Allah SWT memberikan pahala selama 40 tahun 


#27 - Ganjarannya umpama dia melintas siratulmustaqim sepantas kilat 

#28 - Ganjarannya umpama Allah SWT memberikannya 1000 darjat di dalam syurga 


#29 - Ganjaran pahala umpama pahala 1000 haji yang diterima (mabrur) Allah SWT 


#30 -  Ganjarannya umpama Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Kesimpulannya 
Alhamdulillah, sekiranya kita sentiasa mencari ruang dan waktu untuk meluangkan masa beribadat kepada Allah SWT. Ganjaran pahala dan darjat yang Allah SWT kurniakan adalah untuk memotivasikan kita untuk sentiasa tekun dan gigih dalam melaksanakan suruhanNya. 

Jadi, pahala dan ganjaran itu ibarat taman kita di akhirat nanti. Jagalah elok-elok, kata orang, apabila kita membuat dosa, taman kita itu akan hangus terbakar. Dah kena buat balik. Begitulah seterusnya. 

Sayanglah kan, nak bina taman perlukan usaha dan motivasi yang kuat, tapi sekali berbuat dosa... terus lenyap.. terasa macam sia-sia je kan. Sebab itu, selepas kita berbuat dosa, kita cepat cepat memohon ampun daripada Allah SWT dengan harapan taman yang kita bina itu tak semuanya terbakar hangus. #spreadlove
Post a Comment