Sunday, April 22, 2018

22 April, Hari Bumi Sedunia


Hari Bumi disambut pada 22 April setiap tahun. Ia disambut sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai easa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran kita terhadap alam sekitar. John McConnell, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang merintis sambutan Hari Bumi ini pada 1969. 

Maka bermulanya pada 22 April 1970, dikatakan 20 juta orang rakyat Amerika Syarikat menyambut Hari Bumi menandakan pembelaan terhadap alam sekitar. Pada waktu itu juga, terbentuknya United States Environmental Protection Agency/ US EPA.

Di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar akan menganjurkan pelbagai program-program kesedaran alam sekitar bagi meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia terhadap alam sekitar seperti pengumpulan household e-waste. 

Universiti awam juga memberi sokongan dalam sambutan hari bumi dengan membuat beberapa kempen antaranya Recycle to Cycle. Kempen ini adalah penggalakkan budaya kitar semula di dalam kampus universiti. 

Dalam sambutan Hari Bumi ini, kita adalah digalakkan untuk mengurangkan penggunaan elektrik, memperbanyakkan berjalan kaki dan berbasikal berbanding menaiki kenderaan, mengitar semula sisa sampah berbanding bergantung kepada pekerja pembersihan dan sebagainya. 

Tanpa Bumi, di manakah agaknya manusia menjunjung sumbernya!
Post a Comment