Wednesday, May 23, 2018

#20 Khasiat Buah Tin


Hari ini kita dapat satu bekas buah tin dari ex-opis. Alhamdullillah.. rezeki walau pun kita tak berapa gemar pada buah tin ni. Namun disebabkan makanan sunnah dan baik untuk kesihatan.. Jomlah kita goooogle dulu. Nanti boleh la paksa diri ni makan buah tin yang banyak khasiat ni... 


Di dalam al-quran ada surah at-tin, yang juga merupakan buah-buahan daripada syurga. Ia juga buah atau makanan sunnah yang terbaik untuk penjagaan kesihatan. 

Allah berfirman; 

"Demi buah tin dan buah zaitun, demi Gunung Thursina dan Negeri Mekah yang dijadikan aman..." - Surah At-Tin, ayat 1 - 3 

gambar dari tafsirq.com
Buah tin ini adalah buah berasal dari Asia Barat yang nama saintifiknya Ficus Carica. Di Malaysia dipanggil buah ara, di negeri mat saleh dipanggil Fig. Ia banyak di Afghanistan hinggalah ke negara-negara Balkan dan sekarang dah ada di serata Asia Tenggara. 


Buah tin sebenarnya ada pelbagai mineral, vitamin dan serat yang mengandungi vitamin A, B1, B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium, lemak, karbohidrat, protein dan sebagainya. Buah tin kering membekalkan 6x lebih banyak kalori berbanding yang segar. 

Buah tin mengandungi fitokimia yang terdiri daripada polifenol, flavonoids, anthocyanin dan proanthocyanidins. Sebatian polifenol inilah yang akan menentang kanser. #1


Selain kandungan Coumarins boleh mengurangkan kanser prostat. Kanser prostat mula berlaku kepada lelaki yang berusia 30 tahun dan ke atas.  

Kandungan buah tin, mengandungi pektin yang boleh membantu membuang kolestrol jahat #2. Ia juga boleh melindungi diri dari kanser payudara dan membantu mengawal diabetis #3. 


Ia juga mampu mengawal kadar gula dalam darah kerana mampu meningkatkan sensitiviti hormon insulin dan memecahkan glokus dalam darah. dan menurunkan kadar trigliselida  dengan meminum teh daun buah tin.

Kandungan serat yang tinggi boleh membantu masalah usus #4 seperti sembelit. Buah tin mengandungi flavonoid yang tinggi mampu mencegah radikal bebas dan radang yang menyebabkan buasir. Selain itu ia juga membantu proses penurunan berat badan #5

Namun begitu, ia juga tinggi dengan kalori, sekiranya dimakan bersama-sama dengan susu, boleh meningkatkan timbangan berat badan #6

Buah tin kering mengandungi phenol, omega 3 dan omega 6 yang berfungsi untuk mengurangkan risiko sakit jantung #7


Potassium yang tinggi dan sodium yang rendah dalam buah tin juga baik untuk pesakit darah tinggi #8.

Selain itu, daun buah tin kaya dengan kimia semulajadi yang baik yang boleh dijadikan teh bagi orang yang mempunyai masalah pernafasan sepert bronkitis dan asma #9. Asma ini kerap terjadi kepada kanak-kanak disebabkan jangkitan pada saluran alveolus di paru-paru. untuk merawatnya, amalkan minum jus buah tin kerana di dalamnya ada antibakteria dan antiseptik. 

Selain itu ia juga bagus untuk membantu rawatan batu karang #10... 

Sekiranya ada kawan-kawan kita atau adik beradik kita atau saudara mara kita, yang ada "isi lebih" pada mana-mana bahagian badan itu adalah tumor. Pertumbuhan abnormal #11. dengan kandungan benzaldehide dan phenol dalam buah tin, ia boleh menghentikan pertumbuhan parasit dan virus yang menyebabkan tumor.

Masyarakat India memanfaatkan buah tin sebagai ubat sapu untuk penyakit kelamin #12

Buah tin juga terkenal untuk membantu orang mempunyai masalah seksual #13, ia bagus untuk makanan tambahan kesuburan kerana ia menggalakkan penjanaan tenaga dan peningkatan stamina. Caranya dengan merendam isi buah tin di dalam susu semalaman dan letak di dalam peti ais. Kemudian minum di waktu pagi... amalkan selama sebulan.. dan lihatlah perubahannya. Menang sokmo..lah


Kalsium yang ada dalam buah tin boleh menguatkan tulang dan mengurangkan masalah tulang reput (osteoporosis) #14. Fosforus menggalakkan pertumbuhan tulang #15 terutama yang mengalami patah tulang atau retak tulang. 

Menurut kajian Univeristi Yale, di dalam buah tin ada trytophan yang membantu membuatkan seseorang rasa mengantuk.. sesuai untuk orang yang ada masalah imsonia #16.. payah nak tidor malam.

Bagi yang ada masalah kurang darah (anemia) #17, buah tin dipercayai boleh meningkatkan pembentukan hemoglobin (HB). Ia boleh menambah darah kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi yang membantu mengoptimalkan pembentukan sel darah merah.

Buah tin boleh menggalakkan pembuangan asid urik dan toksin #18 merbahaya keluar dari tubuh. Selain itu, ia bagus untuk penglihatan dan memulihkan sakit tekak (sore throat) #19. Cuba minum jus buah tin tanpa gula... dengan kandungan lendir yang tinggi boleh melembabkan tekak yang kering.


Jerawat #20 biasanya terjadi disebabkan liang pori muka yang tersumbat dengan minyak dan kotoran. Buah tin bersifat alkali yang mampu mengawal PH kulit dan membersihkan liang pori daripada tersumbat. Caranya dengan mengamalkan makan buah tin atau melenyekkan isi buah tin dan sapu merata pada wajah. Amalkan ia sebagai losen semulajadi kita... jom try!

Buah tin amat manis dan ia boleh diproses untuk dijadikan pai, puding, kek, jem. jeli, jeruk dan sebagainya. Makan secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit dan merosakkan gigi. 

Elakkan mengambil buah tin dalam masa beberapa minggu sebelum pembedahan untuk mengelakkan pendarahan dan ada juga orang alergik dengan buah tin. 

Apa-apa pun sekiranya ada masalah kesihatan, rujuklah kepada yang pakar dan arif iaitu doktor peribadi kita. Buah tin atau makanan sunnah atau makanan tambahan adalah ikhtiar semata-mata.

Kalau gitu, ajom ler kita jamah buah tin ni.. untuk dapatkan 20 khasiat buah tin ni...yummy!!!  #spreadlove
Post a Comment