Saturday, March 24, 2018

Cukup Wang Hati Tenang - Kubah Kehidupan (2)

"...ya Allah, janganlah Kamu bebankan kami dengan beban yang tak sanggup kami tanggung, ampunilah kami..." 
- Al- Baqarah : 286 

Dari pembacaan yang lepas, Hajah Rohani, penulis buku Cukup Wang Hati Tenang telah berkongsi tentang Kubah Kehidupan untuk menjadi hamba Allah dan khalifah yang baik dan mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Cukup Wang Hati Tenang - Kubah Kehidupan.

" Aku tidak akan memberi kamu beban yang tidak sanggup kamu hadapi..."
- Al- Baqarah : 286

Kita telah diberikan keyakinan oleh Allah yang kita mampu berhadapan dengan ujian yang diberikannya. Cuma, apa persediaannya?

Kubah Kehidupan


Matlamat kewangan islam sangat luas.Kesedaran kewangan umat islam telah melahirkan perbankan islam, takaful dan saham-saham amanah islam telah diwujudkan. Jadinya sudah ada yang halal, kenapa masih mahu pergi pada yang haram.?

Kenapa perlu kita memilih sumber halal jika wangnya sedikit? Sebab kita mencari keredhaan Allah dan keberkatan. Perkara yang paling menguntungkan adalah semua aktiviti (kerja atau bisnes) kita berpaksikan kepada mendekatkan diri dengan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. #spreadlove

- Olahan dari petikan buku Cukup Wang Hati Tenang