Tuesday, March 20, 2018

Cukup Wang Hati Tenang - Belenggu Keduniaan


"Sirih berlipat datang sendiri, dipilih dipilis mana yang suci,
Untung mudah boleh dicari, lebih beruntung hidup bererti"
 - Panduan Kewangan Peribadi & Keluarga, Cukup Wang Hati Tenang

Agak-agaknya pernah tak kita berdepan dengan menda macam ni?
1. Selalu duit tak cukup.
2. Ada hutang atau bil yang tertunggak atau bil yang tidak boleh dibayar sepenuhnya setiap bulan
3. Risau sekiranya terjadi musibah, apa yang akan jadi pada keluarga
4. Nak tambah pendapatan, tetapi tak tau caranya
5. Risau duit tak cukup selepas bersara nanti
6. Teringin nak buat amal jariah tapi nak makan mulut sendiri pun tak cukup

Bukan setakat orang miskin je yang hadap menda-menda macam ni, orang kaya pun dihantui jugak. Jadinya takde orang merancang untuk gagal tetapi kita sering gagal untuk merancang. Banyak perkara tentang ilmu kewangan dimasukkan dalam kategori tahu sama tahu, patut tahu ataupun tahulah sendiri selepas terkena. Setuju tak?

Cuma ingatlah, jika kita mengejar dunia, kita selamanya menjadi hambanya. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan berada di telapak kaki kita. 

Nasihat ini bukan bermaksud untuk menegah dari terlibat dengan dunia kewangan tetapi untuk membebaskan kita dari belenggu keduniaan yang akan memberi kita upaya mengawal dan mengurus sumber-sumber keduniaan. “Dunia dapat, akhirat pun dapat”.

- Olahan dari petikan buku Cukup Wang Hati Tenang

Nak tau macamana nak uruskan kewangan peribadi… nanti kita sambung baca lagi yer. #spreadlove