Thursday, March 15, 2018

Berkelah @Lata Chakah

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalam uols! Kali ini kita nak kongsikan trip balik kampung kita yang pada 2 bulan lepas. Kita balik kampung actually just nak ziarah pusara bonda dan jumpa dengan adik-beradik kita yang berada di Setiu, Terengganu. Sebab dah lama sangat tak balik. Tak sangka plak, yang trip kali ini, famili Kak Long ajak kita berkelah di Lata Chakah.

Pernah dengar tak nama lata ni? Belum pernah, kan? Biasa kita dengar Lata Tembakah, Lata Payung, Lata Belatan dan macam-macam lata lagi yang ada di Terengganu ni. Apa yang best sangat dengan Lata Chakah ni? Jom baca dulu trip balik kampung kita ni ye...

9 Februari 2018
Putrajaya - Setiu, Terengganu

Macam biasalah, kita dari Putrajaya bergerak balik ke Terengganu dengan Kak Ngah. Untungnya balik dengan Kak Ngah ni, semua perbelanjaan pergi dan balik ditanggung beres. Kita hanya perlu pandu kereta dengan selamatnya je.


Sebelum gerak, Kak Ngah belanja kita makan bihun sup kat PV8, Taman Melati
Hari tu, kita pandu balik dengan MyVi. Jadinya, perjalanan menjadi teramat panjang. Lebih waktu dari kebiasaannya. Ditambah plak dengan rasa mengantuk dan terpaksa berhenti banyak tempat untuk hilangkan rasa mengantuk.

Dah pagi pun, kita masih lagi "dalam perjalanan"
Kita mula gerak dari Putrajaya jam 1.00 pagi. Jam 9.30 pagi baru kita tiba di rumah Kak Long setelah singgah di pusara bonda dulu. Pagi tu, Kak Long ada masakkan nasi lemak untuk kita. Waduh! Sedapnya sambal ikan aya ala Terengganu Kak Long. Kitakan kalau bab masak-memasak ni, kita memang respect abih pada Kak Long. Masakannya memang the best in the world. Tapi tak de plak Kak Long ni berminat nak buat projek katering. Pelik!...

Nasi Lemak Ikan Aya. Wallah! Sedap sesangat...
Pulut Kuning Ikan Aya

Selesai bersarapan, kita borak-borak sampai la ke waktu tengahari. Then, setelah selesai masak hidangan makan tengahari lauk ikan darat dan budu,  kita masak lagi. Kali ni, kita minta Kak Long masakkan pulut kuning gulai ikan aya. Wow! Sedapnya...sedap sangat. Tapi sayangnya gambor takde. Kalu tak, boleh laa buat meleleh air liur memasing... hik3.

Shell Out Setiu

Pulut kuning yang sedap ni kita kongsikan rasanya jugak dengan famili abang kita. Tak sangka plak yang abang kita nak "payung" makan-makan di Restoran Shell Out. Wah... kat Setiu pun ada Shell Out jugak. Wow! marbelousss...

Lain caranya Shell Out ni...
Macamana rasanya?
Masakannya sedap...memang sedap.

Macamana dengan servisnya pula?
Servisnya alahai...teramatlaaa slow. Rasa nak blah pun hado. Lambat. Diorang ni patut improve dari segi servis je. Customer yang lapar, memang takkan reti tahan sabar. Cepat marah... cepat sensitif. Betul tak? So, restoran ni memang patut belajar tentang servis. Perasaan customer kena jaga...rite!

Harganya?
Harganya memang berbaloi-baloi. Try ler... masakan sedap, cuma kena banyakkan bersabar sebab servisnya slow macam siput sedut.hik3. Actually, kedudukan restoran ni memang teramat strategik, terletak di tepi jalan besar menghala ke Kota Bharu dari Kuala Terengganu, dan hanya beberapa meter je dari IPD Setiu. Senang jumpa kalau nak berenti singgah makan.

Kita bersama Kak Ngah, famili Kak Long dan Abang kita
10 Februari 2018
Lata Chakah, Setiu
Terengganu

Orait, pagi ini, Kak Long ajak kita berkelah kat Lata Payung, Setiu. Kita memang dah lama tak ke sana. Last ke Lata Payung ni, pada tahun 1996. Lepas tu, memang tak jejak dah. Dan kita dah tak dapat nak bayangkan macamana keadaannya. Sewaktu kita ke sana...rasa macam jakun sangat. Air Lata Payung macam dah nak kering dan rasa bahang panas udara di lata tu. Walaupun macam tu, orang tetap ramai  di situ.

Biskut Aiskrim
Akhirnya kita berpindah pergi ke Lata Chakah. Jauhnya boleh tahan jugak lah. Masuk ke dalam kampung lagi. Sesampai nya kat sana, wow! Amazing. Cantiknya... Airnya hijau kebiruan. Macam berada di tempat lain je rasanya.


Dengan pokok-pokoknya yang besar dan berlumut. Nampak sangat tempat ni terasing dari pencemaran alam. Cantik sangat.

Kak Long dan Kak Ngah kita
Antara pokok tertua yang ada di sini

Kita tak mandi pun, risaw kepenatan nak drive pulang ke Putrajaya
Selesai makan-makan bekal yang kita bawa dari rumah. Kita  pun bergerak masuk ke Kampung Jelapang yang jaraknya lebih kurang 10km dari jalan besar Kuala Terengganu - Kota Bharu. Ada sepupu kita buat makan-makan skit untuk aqiqah anaknya. Dapatlah berjumpa dengan sanak saudara. Alhamdulillah.

Ini Tok kita.. mak kepada arwah mak kita. Umor dah hampir 80 tahun.

Ini kawasan permainan kita dulu. Kampung Jelapang, kampung mak ayah kita membesar dan dijodohkan hidup bersama. Di sebalik bukit tu, dengan sawah padi yang  luasnya nun saujana mata memandang, ada Pantai Rhu Sepuluh. Wow!
Selesai segalanya, kita pun tepat jam 7.00 malam, kita bergerak pulanglah ke Putrajaya. Actually, seronok trip balik kampung kita kali ini. Dapat kenal tempat baru yang tak pernah kita pergi selama ni. #firsttime kot! Marbelous... #spreadlove - Canon Rider was here...