Monday, February 12, 2018

Bhgn. 2 : Jejalan 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Cerita sebelum ni, Bhgn. 1 : Jejalan 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar). Sila klik na. Ini kisah Bhgn. 2 plak ye.


Bhgn. 2 - Apa yang Dilihat, Itula yang Dilalui

Day 2 - 27hb Januari 2018
Luang Prabang - Luang Nam Tha, Lao PDR

Seawal pagi, kita da get ready tunggu minivan di simpang jalan Vanvisa Guesthouse. Bukan apa, kita risaw jugak, kalau-kalau lambat sampai ke Zuela Guesthouse, Luang Nam Tha, tak de la masa kita nak berehat. Sebab the next day, kita nak ke Boten, South China Border plak. Boten ini merupakan sempadan Laos untuk masuk ke Khun Ming, Selatan China. 

Sebenarnya 8 jam lebih. Sebab banyak kali berhenti
amik dan turunkan penumpang
Aha, lupa kita nak bagitaw, Luang Prabang ni adalah bandar transit untuk ke Khun Ming, China; Hanoi, Vietnam; dan Chiang Saen (Golden Triangle), Thailand. Sebab tu la kot, ramai pelancong yang berkunjung ke Luang Prabang. Ia adalah bandar transit seperti Hatyai tu. 


Laluan ke Vanvisa Guesthouse. Di hadapan tu, Sungai Mekong yang glamer tu
Vanvisa Guesthouse ni terletak kat kawasan orang kaya-kaya agaksnya.
Baru perasan ada Watthat Homestay & Restaurant, bersebelahan je dengan lorong Vanvisa Guesthouse
Comelnya papan tanda ni. Jalan raya utama, kirinya adalah lorong kecil. Minivan memang tak boleh lalu. Kecik sangat
Tiket dari Vanvisa Guesthouse ke stesen bas Luang Prabang
Tiket mengatakan jam 8.30 pagi, tapi pukul 9.00 pagi belum lagi minivan ni bergerak
Pemanduan di Lao PDR adalah sebelah kiri. Memang kompius sesangat kita ni. Risaw besok nya macamana nak tunggang motosikal dengan gaya bawak sebelah kiri. 

Posing sebelum minivan sampai. Kita terawal atau minivan yang lambat.
Comey je bulatan ni di stesen bas Luang Prabang ni.
Siap ada penunjuk arah lagi. hik3
Gajah adalah simbol pada Laos (land of a million elephants)
Dah booking tiket dengan Mala Travel, kita kena cross check dengan minivan plak
Letak barang atas minivan (bas) tu perkara biasa
Anak-anak kecil bermain dan berlari-lari di jalan raya tu adalah pemandangan biasa.
Dalam jam 10.00 pagi, baru minivan ni bertolak ke Luang Nam Tha. Sepanjang perjalanan, terlambung, terhenyak, terhantuk, tertolak ke depan tu, perkara biasa. Kita pulak duduk di seat paling belakang. Minivan ni penuh sendat, panas plak tu.

Ada beberapa orang tempatan dan foreigner yang sama halanya dengan kita. Seorang lelaki Perancis, seorang perempuan Australia dan satu famili nukleus dari Korea. 

Nasib kita ada bawak makanan ringan. Boleh la mengunyah untuk hilangkan rasa mengantuk dan mual. View memang marbelous. Dengan pemandangan bukit bukau dan gunung ganang yang menghijau kebiruan, memang rasa berbeza sangat. Rasa macam tak percaya pun hadoo.

By the way, suasana hutan sebelah utara ni tak sama dengan hutan hujan tropika di Malaysia dan selatan Thailand tu. Di sini, hutannya terang benderang dan berwarna warni. Terpukau kita dibuatnya.

Pokok getah yang dari jauh atau udara nampak kuning kejinggaan
Tanaman padi huma dan bunga lavender
Apa yang kita pandang dari udara semalam tu, itulah yang kita nampak hari ini. Pokok yang kuning kejinggaan itu, rupanya pokok getah. Mungkin waktu tu, musim luruh kot. Banyak pokok yang bertukar warna dan tidak berdaun. 

Perasan tak kayu di celah pokok tu?
Pemandangan biasa
Kegiatan orang Laos sepanjang perjalanan ke Luang Nam Tha yang kita dok perhatikan tu, mereka ni suka berkumpul di luar rumah untuk aktiviti memasak beramai-ramai dan makan bersama-sama di awal pagi dan petang.

Setiap rumah, ada kayu api. Mandi dan membasuh pakaian semuanya di tepi jalanraya sebab sumber air mereka bergantung pada mata air yang mengalir dari celah-celah lereng bukit.

Suasananya seakan sama dengan perjalanan dari Makasar, Sulawesi Selatan ke daerah mistik, Toraja, Indonesia. Dan kita perhatikan, setiap rumah akan pasti ada  tempat semaian bawang. Seakan satu kemestian.

Dalam pada tu, kan. masih ada lagi beberapa rumah yang berdinding dari anyaman apa ntah. Ada jugak yang berumah kayu selain berumah batu. Dan pendek kata, setiap rumah akan ada piring satelit. Hebat ter...

Pakaian diorang ni pulak, tebal-tebal walaupun di siang hari. Mungkin sebab cuaca sejuk dan berangin. Kita yang dok dalam minivan ni, memang tak terasa sejuk pun. Panas berkuap ada lah. hik3. 

Diorang berenti "piss" dulu
Peluang untuk bergambar di tengah-tengah jalan
Pelik betul papan tandanya tu...hik3
Jalanraya di sana, memang tak de kaki lima. Ada tu, kita nampak minivan atau lori berhenti "berkelah" di atas jalanraya. Jalan raya utama ok. Setakat kita berada di sana, tidak pernah pula terserempak dengan kemalangan.

Kereta dan lori rosak tu adalah. Kira berhemah jugak lah pemanduan orang sana. Even segerombolan itik, anak babi, ayam, kambing dan anjing pun dapat melintas dengan selamatnya. Kalau di Malaysia? Sendiri jawablah ye, hik3.

Samalah pengangkutannya dengan Cambodia
Perhentian mana kita tak pasti
Tetiba kita ditenung oleh makcik ni... seram kot
Antara penumpang tempatan yang tumpang minivan kita
Anak kecil Korea ni tak tahan nak menahan kencing. Kita berhenti lagi kat stesen minyak
Stesen bas Oudomxay
Macam bas kilang jer. Bas ke Khun Ming, China ini siap ada tempat tidur. 
Takdak gerai halal. Kita beli buah dengan air Oishi dan mineral je lah.
Perjalanan kita ni melalui tiga "province" iaitu Luang Prabang, Oudomxay dan Luang Nam Tha. Untuk ke Boten tu, pada orang yang datang dari Luang Prabang atau Vientiane tu boleh je menginap di Oudomxay. Tidak perlu ke Luang Nam Tha. Di simpang tiga Nateuy, kalau terus; kita ke Boten, kalau ke kanan, kita ke Luang Nam Tha.

Tapi memandangkan kita da pun booking Zuela Guesthouse yang ada menyediakan khidmat sewa motosikal, dan memang diyakini servisnya terbaik, ditambah plak dengan banyak sangat review yang bagus bagus tentangnya, sikit pun kita tak de masalah.

Kita rela je berada di bandar Luang Nam Tha yang saling tak tumpah ngan Pekan Sungai Tong (kampung kita) tu. Auch..apa apa pun Zuela Guesthouse memang cantik sangat dan bermalam di rumah kayu ala-ala spa gitu memang satu pengalaman yang menakjubkan. Cool!!!...

Bandar Oudomxay
Akhirnya kita sampai juga ke stesen bas Luang Nam Tha
Berhenti lagi... untuk turunkan penumpang
Yeah... lagi 8 km kita nak sampai town aka Zuela Guesthouse
Da sampai town
Akhirnya jam 6.00 petang kita pun sampailah ke destinasi. Matahari dah nak terbenam da pun. Di sini, kita perasan, siangnya macam sekejap je.

Dengan menaiki tut-tut kita pun bertolak ke Zuela Guesthouse yang jaraknya lebih kurang 10km dari stesen bas. Kita naik tut-tut bersama 3 orang perempuan tempatan, seorang lelaki Perancis dan seorang perempuan Australia. 

Sesampainya di Zuela Guesthouse, kita terus check-in, booking sarapan untuk esok pagi dan keluar mencari restoran atau warung makanan halal. Manalah tau kot-kotnya ada. Namun, malangnya memang makanan halal tu tak de dijual di Luang Nam Tha.

Cantik tak Zuela Guesthouse ni. Murah dan best
Senyum sebab dapat tidur dalam rumah kayu malam ni
Macam-macam motosikal boleh disewa di Zuela Guesthouse
Kita tak nak try..hik3
Dan sepanjang dua hari kita berada di Laos ni, asal malam je, kedengaranlah bunyi dari corong-corong speaker yang dipasang di tiang lampu tepi jalan, suara orang membaca mantera. Nak kata macam ceramah pun ye jugak. Tak tahu lah kita apa tu.

Kita tak paham dan tak de plak kita bertanya orang-orang di situ. hik3. Agaknya ceramah agama kot. Tapi tak lama pun, speaker-speaker tu hanya bersuara di antara waktu maghrib hingga ke waktu isyak je selain waktu subuh jugak. Dah semacam sama ngan kita di Malaysia ni plak yer. Tarahim di subuh hari, hik3.  

Luang Nam Tha ni ada night market jugak. Tapi keciput je laa tempat nyer. Dan yang pasti memang tak dak apa apa pun. Souvenirs ada orang tempatan yang menjaja secara orang perseorangan. Tapi kita tak beli pun. Sah sah mahal.

Yang dijual pasar malam Luang Prabang pun mahal, apatah lagi sorang-sorang cenggini. Di Luang Nam Tha plak tu. Hurm...

Selesai pusing-pusing bandar koboi Luang Namtha ni, jomla kita balik tido. Bandar Luang Nam Tha ni tak de apa-apa pun. Semacam bandar transit untuk ke Bokeo je (sempadan Laos - Golden Triangle, Thailand).

Malam ni kita rest cukup-cukup untuk kita bangkit awal esok. Esok pagi, kita ada misi yang perlu diselesaikan iaitu misi mencari Batu Tanda 1KM China Border - Boten. Yeahssss!!!!


Jadinya, itu jela perkongsian kita tentang perjalanan dari Luang Prabang ke Luang Nam Tha. Kalau diminta pergi lagi, huhuhuh.. sure kita nak pergi, tapi kali ini kita nak masuk ke Vietnam atau China terus. hik3. Meh meh kita kira berapa perbelanjaan untuk hari kedua di Laos.
  • Zuela Guesthouse untuk dua hari 165,000 kip
  • Tuk-tuk ke Zuela Guesthouse 10,000 kip
Itu jerlah. Orait.. kita sambung the next cerita plak yer. Boleh klik Bhgn. 3 : Jejalan 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar). See ya! #spreadlove - Canon Rider was here...