Sunday, February 18, 2018

Bhgn. 9 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Kita nak sambung cerita perjalanan kita ke Wat Rong Khun, Chiang Rai yang juga dikenali sebagai White Temple. Bagi yang belum baca kisah sebelumnya, boleh klik Bhgn. 8 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar).

Bhgn. 9 - Dongengan White Temple

Day 4 - 30hb Januari 2018
Wat Rong Khun, Chiang Rai - Chiang Mai

Pagi tu, semasa on the way ke Chiang Rai dengan minivan, tetiba perut kita sakit macam dicucuk-cucuk dan dipulas-pulas. Sakit sangat. Jadinya sepanjang perjalanan hari tu, kita menahan sakit jelah. Nak makan, nak sembang, nak snap pic pun, tak de semangat dah. 

Selepas turun dari minivan, macam biasalah, pemandu tuk-tuk akan menawarkan khidmat tourist guide untuk membawa kita ke tempat-tempat best di sekeliling Chiang Rai dengan harga pakej tertentu. 

Kita pada masa tu, memang nak pergi ke Wat Rong Khun, dan alhamdulillah, pemandu tu setuju untuk membawa kita ke sana. Cuaca waktu itu, panas terik dan jalanraya memang banyak kereta dan jem. Jaraknya hanya dalam 10km je dari stesen bas Chiang Rai, tapi kita terasa lama sangat, mungkin sebab keadaan perut kita yang tak sihat ni.

Kita terjumpa pamplet ni dalam tuk-tuk yang membawa kita ke Wat Rong Khun 

Tak kuat semangat, tak disarankan datang ke Wat ni

Pintu masuk ke Wat Rong Khun


Khayalan dan kepercayaan penganut Buddha
Waktu ni, kita posing ikut dan je, sebab bersusun orang di belakang cameraman kita tu nak naik ke temple ni


Wishing Well. Diorang percaya dengan lempar syiling ke dalam telaga yang ada mangkuk kecil di dalamnya.
Kalau syiling tu masuk dalam mangkuk kecil tu, kira doa mereka tu akan termakbul la tu kot.
Banyak Wat-wat kecil di sekeliling White Temple tu
Banyak patung yang mengerikan
Lahai...
Seram kot, depan toilet ada patung hodoh cenggini
Seram pun seramlah, da perut kita sakit. Kita hari tu terkena chery-berry
Setelah selesai, di Wat Rong Khun, kita pun bergegas pulang semula ke stesen bas. Bas ke Chiang Mai akan bertolak jam 1.15 petang. Sempat lah, kita nak bersenang-lenang di stesen bas nanti. Sebab masa kita masih berbaki dalam 30 minit. 


Tapi servis bas di Chiang Rai memang tak on-time. Jam 1.45 baru bas bertolak ke Chiang Mai. Cuaca memang panas terik. Perjalanan 4 jam dengan bas ke Chiang Mai pendek kata amat menyeksakan. 

Waktu tu, kita memang tak dak mood nak layan view lagi, sebab perut kita semakin sakit. Ditambah plak, view tu sama je ngan view tanah tinggi belah-belah Utara. Sama je ngan Laos. Tak dak beza sangat pun. Cuma, setiap kampung di Thailand tu, akan ada sebuah Wat.

Stesen bas Chiang Mai. Memang sesak padat dengan orang tempatan dan pelancong asing
Akhirnya kita selamat sampai ke stesen bas Chiang Mai pada jam 5.30 petang. Lagi setengah jam Pop Rider nak tutup. Kita bergegas booking teksi ke Pop Rider. Jalan memang jem teruk. Yelah, time orang balik bekerja dan anak-anak pulang dari sekolah. Nasib la, jem nya masih boleh bergerak. 

Risalah yang kita jumpa dalam teksi biru-kuning ke Pop Rider, Chiang Mai
Ada muslim, maknanya ada makanan halal. Ada chance le boleh makan sedap malam ni
Penuh dengan contengan para penyewa motosikal
Canon Rider was here...
Pasang tempat letak handphone. Servis Pop Rider memang terbaik
Sebelum tu, kita beli ubat sakit perut dulu. Kita terlupa nak pack Shaklee Peppermint-Ginger Plus dan ESP. Huhuhu...
Nasik Goreng Seafood yang sedap sedap sedap sangat
Perut dah sihat, jomlah kita ke Anusarn Market, cuci mata dulu

Actually, perjalanan hari tu, enjoy jugak tapi menyeksakan. Sebabnya, walaupun perut kita sakit, kita masih lagi boleh posing dengan baik, dan kita amat berpuas hati dengan pix-pix kita tu. Padahal perut kita sakit rasa nak berguling-guling je. 

Orait, makan sudah, cuci mata pun sudah, perut pun da ok... jom ler kita berkemas barang-barang yang akan dibawa untuk trip ke Mae Hong Son, 1000 corners, esok pagi. Trip yang memang kita idam-idamkan dan yang diimpi-impikan sejak tahun 2012.

Apa-apa pun, sebelum kita tutup cerita ni, jom kita kira perbelanjaan dulu...
  • Chartered tuk-tuk ke Wat Rong Khun - 300 baht
  • Tiket masuk Wat Rong Khun - 50 baht
  • Teksi ke Pop Rider - 150 baht
  • Sewa motosikal Honda CB500 siap box untuk 2 hari - 2200 baht dengan deposit 5000 baht
  • Sewa tuk-tuk untuk hantar bagpack dan segala beg ke Panerai Hotel - 50 baht
  • Beli ubat sakit perut - 180 baht
  • Makan malam di Chiang Mai, Halal Street - 400 baht
Setakat ni je laa yang mampu kita kongsikan untuk kali ni. Sehingga berjumpa lagi pada episod akan datang. Boleh klik Bhgn. 10 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar). See ya. #spreadlove - Canon Rider was here...