Friday, February 16, 2018

Bhgn 6 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Selamat kembali uols. Happy Chinese New Year dan Happy Holiday...

Ke mana je cuti-cuti Malaysia ni, ye? Yelah, Malaysia kan adalah negara yang paling kerap memberi peluang kepada rakyatnya bercuti. Tak kiralah perayaan apa pun, semua orang akan pulang ke kampung atau keluar bercuti samada dalam atau luar negeri.

Dan fenomena pada waktu tu, akan ada bandar besar seperti Kuala Lumpur yang akan menjadi lengang, dan pasti ada bandar kecil seperti Bandar Permaisuri, Setiu yang akan sesak pada waktu tu. Betul tak? Pendek kata, jalan raya pada musim cuti tu memang meriah sesangatlah, kan, kan, kan.

Inilah dia Malaysia, oh tanahairku!!! Kita sayang Malaysia. Malaysia best... Keharmonian dan kemakmurannya terpelihara...

Walaupun kita ni pun baru je balik dari bercuti di Lata Changkah, Permaisuri, Setiu, mehler kita sambung lagi beberapa episod cerita kita ni. Banyak lagi yang nak diceritakan. Nanti da lama sangat, basi plak.

Bagi yang belum membaca episod yang lepas, boleh klik pautan ini ye, Bhgn 5 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)


Bhgn. 6 - Golden Triangle, Here I Come

Day 3 - 29hb Januari 2018
Golden Triangle, Chiang Saen

Perjalanan ke Golden Triangle dengan menaiki Vios, memang selesa sesangatlah. First time, kita rasa selesa cenggini sepanjang berada di perantauan. Maklumlah, kita jauh dari Malaysia yang beribu-ribu batu sejak 3 hari yang lepas. Baru 3 hari, bukannya 3 bulan. 

Kenapa tempat ni dikenali sebagai Golden Triangle? Rasanya ramai yang dah tau kisah Golden Triangle ni. Tak perlu lagi nak diceritakan, da kan? Masa kita kecik2 dulu pun, ada je dalam buku Sejarah dan Geografi pasal pusat dadah yang melibatkan 3 buah negara iaitu Laos, Myanmar dan Thailand.

Kalau dulu, dengan hanya membaca sahaja, sekarang da di depan mata pun. Subhanallah..  

Laos di sebelah kanan dan Myanmar di sebelah kiri
Yang memisahkan ketiga-tiga negara tersebut adalah Sungai Mekong dan Sungai Ruak. Di antara ketiga-tiga negara tu, ada Don Sao, pulau kecil kepunyaan Laos. Tapi kita tak pergi pun ke sana. Sebab kita baru je keluar dari Laos. Tak da daya dah, nak masuk Laos lagi. Lagipun, kita hanya singgah bergambar sahaja.

Tempahan bot untuk ke Don Sao, Laos
Checkpoint untuk ke Laos
Border dibuka pada jam 6.00 pagi dan ditutup pada jam 8.00 malam. Waktu tu penting sebab esok pagi
kita nak ke Myanmar pula
Seberang sana adalah tanah Laos
Di Don Sao tu, hanya ada pasar yang menjual barang-barang kraf je. Bagi yang belum sampai ke Laos, elok le pergi ye. Nak ke sana, boleh booking bot. 

Tempat wajib untuk bergambar
Landmark kepada yang tercari-cari di manakah Golden Triangle
Tepian Sungai Mekong, di seberang sana adalah tanah Lao PDR (Laos)
Banyak landmark menarik, kot


Siap ada apps lagi

"Welcome to Golden Triangle, Thailand" hik3.. ntah betui ntah tidak...
Banyak landmark, yang kalau tak bergambar, memang tak dak laaa. Nak mai sini lagi, tak tahu bila plak, kan, kan, kan.
Chiang Saen, adalah salah satu daerah di wilayah Chiang Rai. Golden Triangle ni atau jugak dikenali sebagai Sop Ruak oleh orang tempatan terletak di dalam daerah Chiang Saen ler. Actually, Chiang Saen ni dah wujud sejak tahun 1300. Kiranya bandar purba la tu. Kota lamanya masih ada lagi dan ianya terpelihara.

Sebenarnya banyak sejarah yang menarik tentang Golden Triangle dan Chiang Saen ni. Tapi kita tak sempat nak "dig". Kalau ada masa nanti, kita sambung bongkar tentang sejarah bandar purba ni ye.

Kota Lama Chiang Saen
Dah namanya Negara Gajah Putih. Ada je statue gajah di mana-mana je kan.
Buddha yang paling besar yang penah kita tengok. 
Papan tanda tempat-tempat yang menarik. Tak besar mana pun tempatnya, cuma terlalu banyak landmark yang menarik yang buat kita teruja nak bergambar sakan
Seberang sana adalah tanah Laos, yang sering dikunjungi oleh kaki judi
Bila tengok bendera Malaysia, kita rasa lega sangat. Alahai, masa tu, hati da mula  rindukan Malaysia
Da selesai bergambar lebih kurang, masa tu kita rasa macam sesi "road block" dalam Amazing Race kot, sebabnya, kita berlari-lari dari satu tempat ke satu tempat dan posing ikut dan je. Yelah, kita janji ngan pemandu Vios tu, setengah jam je di Golden Triangle.

Selepas tu, kita  akan meneruskan perjalanan ke Mae Sai ler. Selesai bergambar dan membeli t-shirt Golden Triangle, sebelum hari mulai gelap, jom ler kita ke Mae Sai.

Pada saat tu, kan, kita rasa bertuah sangat sebab kita dapat jugak menjejakkan kaki di sini. Kita dapat jugak membuat sedikit catatan tentang Golden Triangle ni. Alhamdullillah. Ya Allah! Terima kasih banyak-banyak. 

Aktiviti seterusnya adalah cop pasport di Imigresen Myanmar
Oklah, kita berhenti di sini dulu ye, sehingga berjumpa lagi di episod seterusnya iaitu Mae Sai Town, Myanmar - Thailand border. Boleh klik Bhgn 7 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar). See ya!!! #spreadlove - Canon Rider was here...