Thursday, February 15, 2018

Bhgn. 5 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Cerita yang lepas, Bhgn. 4 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar), kita ada kongsikan kisah yang tak berapa nak menarik sangat di Luang Nam Tha. Bandar purba yang wujud berkurun lamanya ni seakan-akan tiada apa yang best pun untuk dikongsikan. 

Untuk cerita kali ini, kita nak kisahkan perjalanan menyeberangi border Laos ke Thailand melalui Friendship Bridge yang ke-4, yang mana panjangnya 10km tu telah merentasi Sungai Mekong. 4th Friendship Bridge ni telah mula beroperasi sejak tahun 2013 lagi. 


Bhgn. 5 - Luang Namtha - Bokeo - Chiang Kong

Day 3 - 29hb Januari 2018
Zuela Guesthouse, Luang Nam Tha - Huay Xai, Bokeo, Laos
ke Chiang Kong, Thailand

Pagi tu, selepas bersarapan, jam 7.30 tepat kita bertolak dari Zuela Guesthouse dengan tuk-tuk untuk ke stesen bas Luang Nam Tha. Destinasi kali ini adalah Huay Xai di wilayah Bokeo.

Katanya 4 jam, actually lebih dari tu, sebab banyak kali berhenti kot

Tiket untuk tuk-tuk ke stesen bas Luang Nam Tha
Sarapan yang sama jugak

Staff Zuela Guesthouse aka tuan punya Bike Rent tu, say good bye and come again.
PR dia memang terbaik!!!...

Bergaya betul! Tukang sapu je pun, hik3

Cantik! Gadis Laos ni konduktor kot. Dia mai untuk cek tiket. Bas yang nak
bertolak ke sempadan Thailand ni memang sendat macam ikan dalam tin sardin.

Sampaikan tak de laluan langsung. Beg pun terpaksa diriba. Ada yang berdiri di tangga, ada juga yang
duduk di sisi tepi pemandu, dan ada juga yang duduk pakai kerusi lipat. Dahsyat!
Jalanraya ke border memang horrible. Bergunung ganang dan berbukit bukau.
Cara diorang bersarapan pagi
Morning prayer...hik3


View yang amat biasa di Laos, kandang babi, anjing, ayam dan timbunan kayu api serta
aktiviti masak memasak yang dijalankan di luar rumah
Jalan raya...berdebu tebal
Signbord yang pelik
Memotong kayu api dan mengendong bayi dengan kain yang diikat dan disangkut di kepala dan belakang membuatkan kita terkenangkan suasana kampung kita pada zaman 80an dan awal 90an dulu, hik3
Laos adalah negara pertanian
Sepanjang perjalanan ke Huay Xai, pemandangan yang sama jugak dengan perjalanan dari Luang Prabang ke Luang Namtha. Laos adalah antara negara yang terkecil di Asia Tenggara selepas Brunei dan Singapura. Laos juga antara satu-satunya negara yang tidak mempunyai pantai. 

Sebelum ni, pada kurun ke-14 hingga kurun ke-18 iaitu sebelum kedatangan Perancis, Laos dikenali sebagai Lan-Xang yang membawa maksud Negara Seribu Gajah. Setelah beberapa kali bertukar kerajaan, Laos akhirnya telah diperintah oleh Komunis Pathet Lao bermula pada tahun 1975 sehingga kini.

Patutlah pun, pada setiap rumah, bangunan dan tiang-tiang, ada bendera komunis yang berkibar di sebelah bendera Laos. Komunis mula memerintah selepas Raja Savang Vatthana digulingkan, dan Laos mula dikenali sebagai Lao PDR iaitu Republik Demokrasi Rakyat Lao. 

Apa yang best tentang Laos ini adalah, ia merupakan negara transit untuk ke Cambodia, Vietnam, Thailand dan Myanmar serta China. Laos mula menyertai ASEAN pada tahun 1997. Bahasa nasional rakyat Laos adalah bahasa Lao. Namun, mereka boleh juga bertutur dalam bahasa Thai, Perancis dan Inggeris. Syok juga apabila dapat tahu serba sedikit sejarah Laos ni, ye!

Orait, kita sambung semula. Perjalanan yang berliku-liku dengan keadaan bas yang padat sendat dengan orang tempatan dan para pelancong ni, telah membuatkan perut kita berasa mual, kaki dan badan da mula terasa lenguh. Dan apa yang membuatkan kita ni tak sangka langsung adalah apabila ada di kalangan orang tempatan yang tetiba muntah. Kesian, mabuk perjalanan la tu, kan. Alahai...

Ooo, patutlah pun, baru kita faham kenapa konduktor bas tu bagi plastik kepada semua penumpang sebelum bas bergerak ke Bokeo. Rupa-rupanya memang akan ada yang muntah-muntah, hik3.

Setelah beberapa jam perjalanan, bas pun berhenti untuk relakskan urat-urat yang terkejang. Legaaaa sangattttt.

Makanan mereka seakan-akan sama dengan makanan kita. Kalau tidak kerana islam, kita da telan dah apa yang terjamu di mata. Mau taknya, kita lapar kot.

Makanan eksotik. Kita tengok macam sedap je
Di dalam bekas anyaman tu, ada nasi. Rare, kan?
Produk-produk makanan ni kebanyakannya diimport dari Thailand
Jangan memain. Ini peti duit. Nampak je macam berkunci, padahal tak pun. Mangga tu buat action je, hik3
Amik peluang bergambar dengan local dan foreigner (Perancis)
Design toilet sama je dengan tandas awam di Thailand pada tahun 2010. Tapi yang bestnya,
ia bersih dan airnya memang sejuuuuuk
Setelah berhenti lebih kurang setengah jam di RNR, bas pun meneruskan perjalanan ke stesen bas Bokeo. Lagi sekali, nak kena harungi rasa mual, sakit b*ntut sebab terlambung, terhentak, terhenyak dan sebagainya. Saborrr jelah!!!...

Perasan tak, pada tiang kaki rumah tu berbalut zink. Tentu ada sebabnya kan?
Keadaan jalanraya yang rosak teruk ni, memang keadaan yang amat-amat biasa di wilayah ini.
Bunga apa ntah ni. Tapi ia sering dikutip dan diproses oleh orang tempatan untuk dijadikan penyapu dan sebagainya
Jentera yang mengangkut pekerja ni merangkak-rangkak mendaki bukit yang tinggi ni
Jam 1.00 tengahari, akhirnya kita sampai ke stesen bas Bokeo. Sesampai je, kita disambut oleh pemilik tuk-tuk yang sememangnya da tau, kita dan omputih tu, nak ke Thailand. Senangkan begitu? Tambah plak, diorang ni boleh speaking mat saleh skit-skit. Lagilaaaa senang...

Kita selamat sampai ke stesen bas Bokeo, Laos
Inilah dia bas yang kita naik dari Luang Nam Tha ke Bokeo tu. Actually, bukan bas, tetapi coaster
Sebelum bertolak menuju ke border Huay Xai, Laos - Chiang Kong, Thailand, jom ler kita bergambor dulu
Di border Huay-Xai, Laos 
Sesampai je kat border Huay-Xai, kita pun buatlah urusan keluar Laos dan isi white card untuk masuk ke Thailand pulak. Then beli tiket bas untuk ke border Chiang Kong.

Beli tiket dulu untuk naik bas ke border Chiang Kong, Thailand
Bas yang ulang alik Huay Xai - Chiang Kong inilah yang akan membawa penumpangnya merentasi
Sungai Mekong melalui 4th Friendship Bridge. Yeahhh!!! Kita da nak masuk Thailand.
Tuk-tuk ni akan membawa kita ke Chiang Kong Town
Di 4th Friendship Bridge ni, kalau dari Laos, bas akan dipandu pada laluan kiri jalan, then, apabila sampai kat border Thailand, ia akan bertukar ke laluan sebelah kanan. Fuh, memang rare gilakan pengalaman ni, hik3.

Apabila setibanya di Chiang Kong Checkpoint, kita pun disapa oleh orang kaunter pertanyaan Tourism Thailand. 

Melaluinya, kita mewakilkan dia untuk deal harga dengan pemandu tuk-tuk dengan menyatakan hasrat kita untuk ke Golden Triangle dan border Myanmar iaitu Mae Sai Town. Maklumlah, pemandu tuk-tuk tu tak reti nak speaking omputih.

Kejap je, da setel. Pemandu tu bersetuju untuk menghantarkan kita ke Mae Sai dan memberikan peluang kepada kita singgah bergambar di Golden Triangle semasa perjalanan tu. Alhamdullillah, Allah permudahkan urusan kita. #syukurselalu

Bye-bye Laos. Lambaian terakhir kita dari Chiang Kong Boundary Post, hik3

Kereta vios ini pemilik tuk-tuk yang kita naik tadi tu. Vios ni yang akan bawak kita ke
Golden Triangle, Chiang Saen dan seterusnya ke sempadan Myanmar, Mae Sai town  
Jadinya, kita pun bergerak dari border menaiki tuk-tuk ke Chiang Kong Town. Dari Chiang Kong, kita naik Vios untuk ke Golden Triangle dan seterusnya ke Mae Sai. Kiranya Vios tu kita da chartered la.

Yang bestnya tentang pakcik tuk-tuk ni, walaupun dia tak boleh berbahasa Inggeris, dia seakan faham apa yang kita cakapkan. Macam kita nak layan view Sungai Mekong tu, dia sanggup memperlahankan pemanduannya. Memang terbaik.

Actually, Mekong is seriously marbelous. Very very very nice view. Allah, besar sungguh sungai ni. Sungai yang sering disebut-sebut dalam buku sejarah kita tu.

Sungai besar yang mengalir dari pergunungan Tibet ni adalah sungai yang telah menghubungkan 6 negara iaitu Thailand, Myanmar, Laos, Cambodia, Vietnam dan China. Dan-dan tu jugak la air mata kita gugur, terharu sangat. Kita terharu sebab Allah memberi peluang untuk kita menikmati keindahan alam ciptaanNya yang tak semua orang berpeluang dapat macam ni kan. #syukurselalu 

Route dari Huay Xai ke Mae Sai - Taicilek melalui Golden Triangle, Chiang Saen


"Jumbo" pun ada di sini (motosikal roda tiga)
Bestnya, di Chiang Kong ada Library 24 hours
View Sungai Mekong semasa menuju ke Golden Triangle, Chiang Saen dari Chiang Kong
Keadaan jalanraya di Thailand ni jauh lebih baik dari Laos, tapi tetap berselekoh dan view nya,
amat amat la memukau mata yang memandang

Orait, itu jelah yang dapat kita ceritakan untuk kali ini. Jom kita kira berapa kos perbelanjaan bagi perjalanan merentasi sempadan Laos - Thai ni, ye.
  • Tuk-tuk dari Zuela Guesthouse ke stesen bas Luang Namtha. Free je
  • Bas sardin ke Bokeo - 90,000 kip
  • Tuk-tuk dari stesen bas Bokeo ke Huay Xai Border Checkpoint -  100 baht 
  • Bas dari Huay Xai, Laos ke Chiang Kong Checkpoint, Thailand - 25 baht
  • Sewa kereta Vios dari Chiang Kong Border Checkpoint ke Golden Triangle, Chiang Saen dan  Mae Sai - 1500 baht
Semoga apa yang kita kongsikan ni, dapat membantu uols mendapatkan info tentang perjalanan ke Indochina. Jadinya, kita berhenti setakat ini dulu ye. Sehingga berjumpa lagi di next episode. Boleh klik Bhgn. 6 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar). See ya. Bye! #spreadlove - Canon Rider was here...