Wednesday, February 14, 2018

Bhgn 4 : Jejalan 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Hai, uols... 
Hari ini adalah Hari Meraikan Kekasih. Kepada semua pembaca dan pengikut Canon Rider yang mempunyai isteri/suami tercinta tu, di kesempatan ni, kita nak ucapkan Selamat Meraikan Cinta. Semoga cinta uols berdua kekal subur berbaja sampai ke syorga. Tahniah untuk uols, tau. 

Orait, kali ni, kita sambung cerita seterusnya selepas Misi Mencari Batu Keramat berjaya. Sebenarnya kan, ada je di kalangan pembaca blog Canon Rider ni, yang pm kita, gtaw yang artikel kita tu best. Dan ada jugak yang sindir-sindir kita, katanya boleh jugak buat drama swasta. Sebab ada banyak bahagiannya, hik3...eh apa salahnya, boleh je kalu ada produser yang offer, kan.

Apa apa pun, itu ler kata, kalau nak berjaya, macam-macam benda kita kena hadap. Orang sindir, perli, itu lumrah. Kita amik yang positif je. Ada ramai lagi pembaca blog ni yang supportive, yang sudi memberi komen yang membina dan best-best. 

Bak kata orang, bila kita berada di tempat yang tinggi, memang ramai yang nak menjatuhkan kita. Takpe, Allah kan ada, apa nak susah. Ok, jom kita teruskan.

Bagi yang belum membaca episod sebelumnya, boleh klik Bhgn 3 : Jejalan 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar).


Bhgn 4 - Bye-bye Luang Nam Tha

Day 4 - 28hb Januari 2018
Luang Namtha Town

Semasa on the way pulang ke Zuela Guesthouse dari Boten, kita terperasankan signboard 6KM ke Nam Dee Waterfall. Memang mandi manda di air terjun tu ada dalam itinerary kita selain ke Bandar Bersejarah Muang Sing yang berada di barat daya Luang Nam Tha.

Muang Sing adalah bandar purba yang terletak di sempadan China dan Myanmar. Tetapi untuk ke Muang Sing kita terpaksa batalkan sebab badan sudah terasa penat, apalagi nak meredah jalan yang berliku-liku dan berbatu serta berlopak selama dua jam. Lama tu, kot...

Baik kita save tenaga untuk "amazing race" esok ke Mae Sai, bandar paling utara Thailand yang bersempadan dengan Myanmar. Nak tau, next episode nanti kita ceritakan.

Dari kiri kedai kraftangan, rumah Lenten dan kaunter tiket
Nam Dee Waterfall 
Ianya terletak 6KM timur laut pusat bandar Luang Nam Tha. Nam Dee bermaksud "Good Water".  Semasa dalam perjalanan ke sana, ada beberapa kaum ibu yang berpakaian tradisi dok proses kertas daripada buluh. Klasik. 

Sesuai sangat ler pada yang nak cabaran jungle trekking
Bayaran masuk

Rumah orang Lenten, Laos
Bismillah...
Nampak sangat dah lama tempat ni tak diselenggara. Besi pun dah berkarat
Swings! Buai ke?
Tempat ni macam suram skit. Rasa seram pun ye
Banyak pokok mati 
Kering dan berdebu. Tak macam tempat air terjun pun
Swings lagi? 

Banyak tu jer airnya. Alahai... memang tak berbaloi. 
Betullah, swings tu buai. Alahai, kalau bayar mahal-mahal untuk main buai.. aishh, memang tak berbaloi, der!!! hik3

Antara perkakasan memasak yang ada dalam rumah orang Lenten
Selesai di sini, jomlah kita balik. Kalau datang tadi, da sakit b*ntut dilambung-lambung dek jalan yang berbatu sungai ni, nak balik pun sama. Sekali lagi, b*ntut kita sakit taw...huhuhu.

Dua orang pelancong Jepun ni, beli barang kraf dari orang kampung
Pembuatan kertas dari buluh
Modern Health Village, mungkin itu klinik kot
Rumah orang kampung di Ban Nam Dee
Luang Nam Tha Town

Petang tu, tak tau nak buat apa, jadinya, kita decide lah nak meronda-ronda bandar Luang Nam Tha sambil-sambil intai kedai makanan halal (belum putus asa dengan Luang Nam Tha, hik3).

Macam kita bagitau awal-awal tadi, bandar Luang Nam Tha ni adalah bandar yang paling utara di Laos, yang merupakan bandar transit untuk ke China, Thailand dan Vietnam. Luang bermaksud kawasan dan Nam Tha bermaksud Sungai. Means Luang Nam Tha adalah kawasan sungai. 

Besaq tak kerusi kita ni

cutenya...
Besarnya rumah dia
Luang Namtha adalah antara bandar purba yang telah pun diduduki sejak 6,000 tahun yang lalu. Sama macam Luang Prabang jugak. Di sini, ada banyak suku kaum bukit. Di antaranya adalah suku Khamu, Akha, Hmong, Yao dan Lenten. Dan Luang Nam Tha juga ada beberapa kawasan yang dilindungi daripada dicerobohi seperti Nam Ha dan Shiang Yong. 

Kedai lori dan motosikal
baju bundle
Highway R3, Chiang Rai, Thailand - Khun Ming, China
Macam biasa, mereka suka grill-grill je
Airport Luang Namtha (LXG)  untuk pergi balik ke Vientiane 
Lahai kiutt nya
Beer Lao ni ada je kat mana-mana. Baju, beg dan di papan tanda lagi laa
Farmasi
Aktiviti petang
Hospital
Moto ni.. hik3, comel
Mesin ATM - Lao Development Bank

Senja di Luang Nam Tha
Zuela Guesthouse

Apabila menjelang malam, perut kita da macam tak boleh nak bertahan lagi. Sian dia, kelaparan kot. Mana makan lagi selepas sarapan pagi tadi.

Comfirm! hasil dari meronda-ronda petang tadi, kedai makanan halal memang tak wujud di Luang Nam Tha. Nasi Goreng Brahim tu ada kita bawak dari Malaysia, tapi bila sampai di sini, rasa macam tak lalu nak telan. Mungkin faktor cuaca dan suasana, kot.

Then, kita nak tak nak, terpaksalah pejam mata, meng order la makan malam di Zuela Guesthouse ni. Pesan makanan yang berasaskan sayur je. Kita berani nak order tu sebab kita perasan ada banyak produk halal seperti kicap, lada sulah dan sos yang bercop halal Thailand. 

Tomyam sayur tapi isinya ada betik, pisang, tomato dan timun. Lahai...terbantut selera kita
Vietnamese Spring Rolls
Pemandangan dari beranda untuk ke laluan bilik kita
Actually, dari lubuk ati kecik ni, kita suka berada di sini. Best taw!!!
Kesimpulannya, sehari berada di Luang Namtha, buat kita mati kutu. Tak tau nak buat apa. Tak de apa apa yang best pun di sini. Ditambah pulak dengan tiada makanan halal. Nasiblah, suasana di Zuela ni best. 

Orait, macam biasalah, jom kita kira berapa kos yang telah dihabiskan untuk sepetang di Luang Nam Tha kali ini.
  • Tiket masuk ke Nam Dee Waterfall 22,000 kip
  • Makan malam di Zuela Guesthouse 70,000 kip
Yeah, da selesai. Chow dulu, ye, sehingga kita berjumpa lagi, di episod seterusnya. Boleh klik Bhgn 5 : Jejalan 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar). See ya. #spreadlove - Canon Rider was here...
Post a Comment