Tuesday, February 13, 2018

Bhgn. 3 : Jejalan 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Post yang sebelum ni, Bhgn. 2 : Jejalan 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar) kita ada kisahkan serba ringkas hasil pemerhatian kita dalam minivan, tentang kehidupan masyarakat Laos di sepanjang laluan dari Luang Prabang ke Luang Nam Tha. Perjalanan yang hampir 9 jam tu amat mengujakan dan best sebenarnya.

Jadi, pada hari seterusnya adalah hari yang memang kita nanti-nantikan dengan penuh debaran, der. Dah tiba masanya untuk kita meneruskan misi bergambar "penuh bergaya" dengan batu tanda keramat 1KM China Border, kan kan kan.


Bhgn. 3 - Alahai...Batu Tanda Keramat!

Day 3 - 28hb Januari 2018
Luang Nam Tha - Boten, Sempadan China Selatan

Pagi tu, sebelum bersarapan, kita singgah dulu di Bike Rent Zuela Guesthouse yang sudah pun dibuka seawal 6.30 pagi. Kita dari awal lagi sudah membuat keputusan untuk menyewa motosikal KLX 150 untuk ke Boten. Namun, sayangnya, kita diberitahu, motosikal yang available hanyalah KLX 250 je. So, kita bolehkan aje. 

KLX 250 memang superb untuk meredah jalan ke Boten
Da selesai booking motosikal, jom kita bersarapan sambil baca itinerary
Sapa yang nak full itinerary ni as a guideline, meh ler kita emelkan
Selepas bersarapan roti baguette, telur mata kerbau dan buah-buahan tempatan, kita pun bergerak ke Boten melalui Nateuy. Hari masih awal lagi dan cuaca sejuk sesangat. Rasa beku kaku jari jemari ni, der. 

Simpang Nateuy
Suasana pemandangan pagi di Luang Nam Tha. Berkabus tebal kot
Jalan memang horror sesangat ter...berdebu dan berbatu-batu. Boleh terbarai skuter.hik3
Nenek ni buat senaman pagi kot
Tak tertahan sejuk, kita berhenti seketika di batu tanda Huay Xai - Vientiane. Kelakar plak kita bergambar di batu tanda. Tak pernah-pernah kita buat, der. Selesai bergambar, kita teruskan perjalanan semula.

Jalanraya kat depan tu, maha dahsyat. Siap berbatu dan berlopak. Sakit b*ntut kita.
Anak-anak kecil Laos
Berkumpul untuk bersarapan pagi
Rumah batu, rumah kayu, masak tetap kat luar jugak. Piring satelit pasti ada
Indah sesangat, pepohon hijau kekuningan.
Kita sudah menghampiri Pekan Boten. Makin mendekat, makin banyak lori yang berselisih dengan kita. Gerun pun hado. Dah lah kita tak biasa dengan pemanduan sebelah kiri.

Lagi hampir dengan Boten, lagi banyak lori besar yang berselisih dengan kita
Jalanraya tak yah cakap ler. Berdebu, berbatu dan berlopak
Diorang da biasa. Alah bisa, tegal biasa
Ada bunga dalam raga dia. Rileks je pakai baju nipis. Yang kita ni menggigil kesejukan ter...
Ini dia yang suatu masa dulu, pekan mati Boten. Sekarang ia sedang dibangunkan semula
Misi mencari batu tanda 1KM China Border
Lori lagi...
Kita dah sampai kat kastam Lao PDR
Kita sudah menghampiri Border Laos - South China. Suasana trafik di pagi yang lembap berdebu tu agak sibuk. Batu tanda yang dicari, tak nampak langsung. Tapi kita yakin pasti ada. Sebab ramai bikers yang berposing kat batu tanda tu. Jadinya, kita memberanikan diri untuk meminta kebenaran dengan pihak kastam untuk masuk lagi ke hadapan. 

Itu dia bangunan Imigresen Boten. Nmun batu tanda belum lagi dijumpai
Nampak je usang tapi masih boleh digunakan
Posing dulu sementara ada peluang
Kira sudah melepasi Pekan koboi Boten dan dah sampai pun kat Imigresen Laos - South China, tapi batu tanda tetap tak kelihatan. Mana la dia agaksnya ye. Kali ini, kita minta pula kebenaran dengan pihak Imigresen Laos untuk masuk ke hadapan lagi. Semata-mata batu tanda tu, der. Apabila ditanya dengan diorang pun, diorang memang tak tau. Pelikkkk!!!

Welcome to Lao PDR
Alhamdullillah, kita dapat kebenaran untuk melepasi Imigresen Laos tu. Lega laa sangat der...tapi yang buat kita tergamam, kita dah sampai ke Mohan Port, pintu masuk ke Imigresen Selatan China.

Allah...manalah batu tu ye, hik3. Apalagi, alang-alang dah berada di sini, kita bergambor lebih kurang, then berpatah balik ke Imigresen Laos dan seterusnya ke Pekan Boten. Kita cuba lagi mencari di Pekan Boten tu. Pasti ada ni. Kalau tak, masakan bikers yang datang ke sini boleh post pic batu tanda, siap posing bermacam macam gaya, kot. Tak leh jadi ni.

Tak sangka hingga ke Imigresen Mohan Port, sempadan Selatan China kita mencari batu tanda
Pusing punya pusing, intai punya intai, rupanya batu tanda tu ada je di tepi jalan besar yang berdebu Pekan Boten. Malangnya da patah dua dan tulisannya da kabur sangat. Sayangnya.. la kan. Hilanglah sudah Batu Keramat 1KM China Border.

Dan pengalaman yang tak dapat dilupakan dan terpahat kekal di hati, yang secara tak tersengaja kita dapat menjejakkan kaki di bangunan Mohan Port, Imigresen Selatan China. Tak semua orang dapat peluang sebegini, kan.

Berpusing-pusing kita, rupa-rupanya batu tanda 1KM China Border da pun tumbang.
Betul-betul tepi jalan utama laluan lori. Berselut tebal. 
Misi da pun selesai, batu tanda 1KM pun kita dah jumpa, dan kita dah pun decide untuk mencari batu tanda lain la semasa perjalanan balik nanti. Jom ler kita posing dulu dan ronda-ronda pekan Boten yang dibina semula ni. Rasanya setahun dua lagi, cantik ler tempat ni kan. 

Misi da selesai. Batu tanda tumbang. Maila kita berposing sementara ada waktu
Boten sudah ada shopping complex 
Pekan koboi Boten yang berdebu tebal
Akhirnya, Batu Tanda 4KM yang kita jumpa ni je yang masih terang tulisannya. Kira bolehlah. Kita just nak tampal stiker dan berposing kat sini je. Agaksnya pemandu lori pikir kita ni giloooo, macam tak de tempat lain nak berposing. Batu tanda jugak yang dipilihnya, hik3. 

Canon Rider dah cop batu tanda 4KM China Border. Hanya yang ini sahaja yang tinggal
Stesen minyak Boten yang mengelirukan. Ada regular, gasoline dan diesel
Thumbs up!!! Toilet stesen minyak ni bersih kot dan airnya seeejukkkk sangat.
Pemandangan biasa di Laos, kibaran bendera komunis di sebelah bendera Laos.
Kalau terus, kita ke Oudomxay dan Luang Prabang atau ke ibu negara Laos, Vientiane, tapi kalau kita membelok ke kanan , kita kembali ke Luang Nam Tha
Golden Triangle SZE. Untuk ke sana, perlu melalui Bokeo aka Huay Xai iaitu sempadan Laos - Thailand
Nak ke mana la tu yer. Apa yang best tentang orang perempuan Laos ni ialah mereka pandai bersolek. Marbelous.
Papan tanda selekoh di Luang Nam Tha, hik3
Anak-anak kecil ni yang menggalas bakul. Pemandangan yang cukup biasa di Laos
Pembinaan jalanraya. Hanya lampu merah biru dan tiang tripod je sebagai tanda amaran
Buah betik untuk dijual
Setiap rumah mesti ada tempat simpan kayu api
Suasana pemandangan cukup biasa di Luang Nam Tha
Papan tanda yang ditaja Huawei yang menyarankan pengguna motosikal memakai helmet semasa menunggang dan membonceng
Kedai beg
Bas dari Muang Sing, bandar yang terbesar di Luang Nam Tha yang kaya dengan warisan budaya pelbagai etnik Laos. Jaraknya 64km dari Luang Namtha tapi jalanrayanya macam ular kena palu.
Ini lah dia makcik yang menjaja barang-barang kraf etnik Luang Namtha
Samalah bentuknya dengan plat moto kat Thailand dan Cambodia kan kan kan
Air tin 7up harganya 5,000 kip bersamaan RM2.80 yang dijual di Zuela Guesthouse
Aha, itu je la yang boleh kita kongsikan tentang perjalanan misi kita mencari batu tanda keramat, hik3. Apa apa pun, berbaloi sesangatlah amik KLX 250. Kalau ada GS, its much better. Keadaan jalanraya kat sana, memang banyak yang off-road. Mencabar sangat der...

Jadinya, macam biasalah, jom kita buat pengiraan berapa kip yang telah kita belanjakan untuk Misi Batu Tanda Keramat ni. 
  • sarapan pagi sudah termasuk dalam pakej sewa bilik di Zuela Guesthouse
  • sewa motosikal Kawasaki KLX 250 - 290,000 kip
  • Isi minyak 40,000 kip
Orait, kita jumpa di episod seterusnya, ye. Boleh klik Bhgn. 4 : Jejalan 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar). See ya. #spreadlove - Canon Rider was here...
Post a Comment