Friday, February 23, 2018

Bhgn. 15 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Bismillahirrahmanirrahim, 

Alhamdullillah, berakhir juga story perjalanan kita ke Utara Asia Tenggara. Pada awalnya, ramai yang komplen yang kata mereka, cerita kita ni banyak sangat episodnya. 

Sebenarnya kan, kita ni suka berkongsi info, dah nak buat macamana lagi. Tak nak baca, langkau je lah. Apa-apa pun, terima kasih kepada semua pengunjung blog Simple Rules of Life yang sudi membaca catatan Canon Rider ni ye. 

Tujuan kita menulis ni pun, tak lain tak bukan, hanya sekadar untuk berkongsi maklumat dengan rakan-rakan pengembara yang lain. Manalah tau, maklumat-maklumat tu nanti sedikit sebanyak boleh membantu kan, kan, kan. 

Orait, bagi yang nak membaca episod sebelum ini, boleh klik Bhgn. 14 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar). Yang mana di dalam episod tu, kita ada berkongsi sebahagian daripada aktiviti-aktiviti kita di Chiang Mai. 


Bhgn. 15 - Home Sweet Home

3hb Februari 2018
Chiang Mai Airport - Putrajaya

Seperti biasalah, setiap yang ada permulaan, pasti akan ada pengakhirannya, kan. Yang mana akhirnya kita pulang jugak ke tanahair, Ohh...Negaraku Malaysia. 9 hari kita di rantau orang, rindu benar kita akan warisan masakan ibunda. huhuhu.... 

Banyak yang kita belajar sepanjang kita berada di luar sana. Yang paling kita terasa sekali, apabila kita tiada tempat untuk bergantung harap dan mengadu nasib. Waktu tu, fikiran kita, tak lain tak bukan hanya terpusat kepada Allah SWT je. 

Pengasas Kopi Doi Chang Thailand

Lepaking kat Doi Chang, sebab awal sangat sampai ke CNX
Wajib try! Tapi kan, kopi ni memang tak kena dengan selera kita, awaknya.
Ada surau kat CNX ni... terbaik!
Alhamdullillah...
Gambar ini diambil dari dalam washroom yang di sebelahnya ada Surau @CNX
Seperti apa yang kita pernah lalui sebelum ini, pengalaman kita semasa merantau, mana yang baik ataupun yang buruk, kita jadikan ia sebagai pedoman dan iktibar untuk langkah-langkah kita seterusnya. Kenangan manis, indah, pahit, kelat dan macam-macam rasa tu, memang pasti terpahat di hati sampai mati. 

Berada di bumi yang susah untuk mendapatkan makanan halal, telah mendidik kita untuk bertabah dalam berlapar. Jadinya, belajar-belajarlah berpuasa selepas ini, ye Mawar! 

Berada di bumi asing, tetiba diserang gastrik, ubat pula tiada, mendidik kita, berhati-hati dengan jadual pemakanan dan yang paling penting, jangan makan sembarangan. 

Berada di bumi asing juga, ada kalanya perasaan kita diterjah ragu-ragu malah dilema dalam membuat keputusan. Waktu itulah, kita benar-benar meminta petunjuk yang terbaik daripada Allah.  

Dan apa yang paling penting, di mana pun jua kita berada, Allah itu biarlah sentiasa ada di dalam jiwa. Mau taknya, marabahaya, mala petaka ada je di mana-mana. Kalau tak kerana perlindungan Allah, takkannya ada kita di sini untuk berkongsi catatan perjalanan ini.

Kenangan beg polkadot burung hantu yang kita beli kat Mae Hong Son dan Kipas Kertas Sa di Sankhampeang
1000 corners... My Dreams Come True!
Lagipun, sebelum kita meneruskan misi menjelajah ini, banyak kali jugaklah kita diduga dengan bermacam-macam hal. Sehinggakan kita, hampir-hampir give up, lah! 

Waktu tu, kita terlalai, kita terlupa yang kita ada Allah Yang Maha Kuasa. Kan Allah dah berpesan, kalau kita nak, kita kena meminta, walaupun apa yang kita minta tu, seakan mustahil je, kan. Sebab itulah, semasa meminta tu, seboleh mungkin kena ada keyakinan yang amat tinggi dengan kekuasaan Allah.

Alhamdullillah, Allah itu kan ada, Dia kan Maha Pemakbul Doa. Akhirnya impian kita "melayan 1,864 crazy curves, Mae Hong Son" tercapai jua, malah kita selamat sampai siap bergambor lagi kat Port Mohan - Boten, sempadan China Selatan - Laos dan di Tachileik, Myanmar.

Kita dah berada di atas awan biru ibu pertiwi
Semasa di eskalator, on the way nak ke ERL pulang ke Putrajaya, eh, eh, kawan baik ini yang sambut kita taw!

Sukanya hati apabila dapat berada di sini
Kita dah sampai...
Pakcik inilah orang yang pertama dapat souvenir daripada kita...hik3
Oklah...itu je yang kita nak kongsikan untuk kali ini. Insha Allah, kita berjumpa lagi di lain pengembaraan yang seterusnya. Next mission yang masih lagi dalam perancangan, yang sering kita impi-impikan sejak dari tahun 2016, iaitu menjelajah Borneo-Kalimantan Timur. Boleh klik di sini, untuk Bhgn. 1 : Jejalan 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)




Orait uols. Take care taw! Bai-bai  #spreadlove - Canon Rider was here...  


Post a Comment