Thursday, February 22, 2018

Bhgn. 14 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Bismilllahirahmanirrahim...

Setelah misi kita selesai untuk ke sempadan China  -  Boten, Laos dan "melayan 1,864 crazy curves" di Mae Hong Son, kita luangkan masa pulak di Chiang Mai sebelum kita berangkat pulang ke Malaysia.

Pengalaman yang paling best, apabila kita dapat jugak membuat "terjunan gantung kaki" dari ketinggian 165 kaki lebih kurang 20 meter gitu kot. #firsttime 

Dan pengalaman yang paling berharga sekali, apabila kita dapat memegang harimau Tiger Kingdom sambil bergambar, uols. Bukan setakat seekor je, malah tiga ekor. Wow!!! Memang terbaik trip kita kali ini.

Bagi yang belum membaca kisah sebelum ini, boleh klik Bhgn. 13 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Bhgn. 14 - Terbang @Mae Rim
2hb Februari 2018
Mae Rim - Anusarn & Kalare Market


Pagi tu, sebelum ke Mae Rim, kita ke Halal Street, Hilal Town, Chiang Mai terlebih dahulu, yang mana ia terletak di belakang Anusarn Market. Kebetulan pulak, ada pasar tani di area Hilal Town tu, bolehlah kita membeli sarapan pagi dan sedikit makanan untuk bekalan makan tengahari.

Di area ini juga, ada ramai peniaga islam dan pengunjungnya pula dari kalangan warga asing. Dan yang membuatkan kita tertarik dan terpesona, adalah cara persembahan bahan jualan peniaga pasar tani ini yang ala-ala supermarket gitu. Perghh...

Masjid Hadayatul Islam Ban Ho, Chiang Mai
Pilihlah nak letak dalam tabung yang mana satu
Di hadapan kita tu masjid, pasar tani pula di belakang kita sebelah kanan tu
Antara restoran yang ada di kawasan Hilal Town ni
Masakan ni pelik, kita nak try beli, tapi orang punyalah ramai beratur. Lupakan jelah, hik3

Pasar tani di tepian rumah je...
Bawah rumah pun ada...
Apa jenis kuih ini, kita tak pasti pula
Tak pulak kita tanya, sosej ni halal ke idak?
Cuba perhatikan yang kat bumbung tu, sarang burung terpakai tu, dijadikannya sarang lampu.
Ayam kaler hitam
Kita tak pasti, ini apa kebendanya
Grilled sosej. Rasanya, huhuhu langsung tak menawan jiwa. Masin dan liat!
Orang Korea ni siap bawak bekas sendiri nak tapau lauk dan nasi briyani di sini.
Kereta musuh ketat Mr. Bean, hik3
Selesai bersarapan dengan sosej bakar liat tu, kita pun bergeraklah ke Tiger Kingdom yang terletak di Mae Rim.

Hard Rock Cafe
Kawasan latihan tentera berkuda. Kuda banyak, banyak, banyak sungguh di area ni
Ahaks, kita dah sampai dah, uols!
Pictureque dulu, ye boh!


Harga pakej masuk bagi tahun 2018
Proses booking untuk 3 ekor big cat yang usianya 3 tahun. Bayarannya dalam 700 baht. 
Orait, kali ini turn kita pula untuk bergambar dan bermanja-manjaan dengan big cat yang pertama ni. 
Big Cat yang kedua
Big Cat yang ketiga
Sila baca dan fahamkan
Antara harimau yang ada kat Tiger Kingdom ni

Selesai bermain dengan big cat di Tiger Kingdom, kita pun bergerak pula ke Ban Tong Luang. Di Ban Tong Luang ada 7 etnik puak bukit Chiang Mai yang menetap di situ. Dalam 7 etnik tu ada puak leher panjang, iaitu puak Karen. 

Tetiba semasa otw ke sana, kita ternampak tulisan Bungy Jump di papan tanda sebelah kiri kita. Perghhh... apalagi, kita nak tryler. Nak sangat try. Jadinya, kita tak payah cerita banyak-banyaklah, kita amik je pakej B.  

Harga pakej bungy jumping yang diselia sepenuhnya oleh New Zealand Bungy Jump
Kita dah ready da pun untuk terjun....
Yeaaaah!!!!!
Satu lagi sijil untuk trip ini.
Dapat baju singlet free, tapi kita tertinggal pula kat X'treme Sport tu, huhuhu...

Fuh, satu kepuasan yang teramat-amat sangat apabila dapat membuat terjunan dari ketinggian 165 kaki. Rare, kot! Tak ramai yang berani nak face the fear dan rasa gayat, kan, kan, kan.

Then, kita pun meneruskan semula perjalanan ke Ban Tong Luang. 

Alamak, tiket masuknya dalam 500 baht gitu. Erk... mahalnya! Tak jadilah, lagipun puak Karen ni ada je di mana-mana. Kat Cultural Village, Danok tu pun hado...

Jadi, keputusannya, jomlah kita ke tempat lain plak. Kali ini ke Sa Paper & Umbrella Handicraft Center di San Kamphaeng. Yang ini, memang best. Kita siap beli souvenir kipas dari pokok sa tu, taw!

Baan Tong Luang - kawasan 7 etnik puak bukit Chiang Mai
Tempat pembuatan kraftangan dan payung kertas dari pokok sa
Malam tu pula, kita jejalan ke Night Market sambil-sambil cari makan...


Harganya 10 bath je. Yang ini, bolehlah tahan sedapnya walaupun tak sesedap masakan selatan Thai
Yang ini, kita out! Memang tak abih. Tak kena dengan selera tekak kita.
Kalau ada logo halal, sah sah laa kita try. Terliurrr sesangat ter!
Dapat jugaklah kita merasa Kopi Doi Chang ni, yang ada terletak di Anusarn Market, Chiang Mai
Ahaks, selesai dah semua aktiviti kita di Chiang Mai, Mae Rim, Pai, Mae Hong Son, Chiang Rai, Mae Sai, Tachileik, Golden Triangle, Huay Xai, Luang Namtha, Boten dan Luang Prabang

Alhamdulillah, apalagi jomlah packing beg untuk pulang ke tanahair esok pagi. Sehingga berjumpa lagi di episod akhir cerita kita menjejalah 3 negara di Utara Asia Tenggara. See ya. Boleh klik di sini untuk Bhgn. 15 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar) #spreadlove - Canon Rider was here...