Monday, February 19, 2018

Bhgn. 10 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Bismillahirrahmanirrahim...

Hai, uols...selamat bekerja semua. Selamat menjalankan tugas dengan saksama yer. Senyum biarlah selalu. Stay positif is always, ok. Hopefully, kerja-kerja uols hari ini dapat diselesaikan dengan baik-baik belaka. 

Untuk kali ni, macam biasalah, kita nak sambung lagi sesi sharing pengalaman kita di bumi Gajah Putih ni. Kita ada banyak, banyak, banyak lagi story yang nak dikongsikan.

Manalah tau, kot-kot ianya berguna dijadikan sebagai rujukan kepada rakan-rakan pengembara di luar sana. Sebenarnya, lagi banyak details, lagilah kita jelas dengan tempat yang hendak dituju tu, betul tak?

Bagi yang belum baca kisah kita sebelum ni, boleh klik Bhgn. 9 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Bhgn. 10 - 15KM Off-Road@Doi Ithanon 

Day 5 - 31hb Januari 2018 
Chiang Mai - Doi Ithanon - Mae Hong Son

Pengalaman perjalanan kita kali ini amatlah mencabar. Allahu akbar! Masa tu, hanya Allah SWT saja tempat kita nak bergantung harap. Nasib kita, hanya Allah je yang tau.

Waktu tu kita memang blur...nak nangis pun hado. Berdebar jangan ceritalah. Mulut ni tak benti-benti minta perhatian, pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Nak tau kenapa? Meh kita citer dari awal.

Pagi yang indah
Kita berhenti minum milo dulu di 7-Eleven, Simpang 3 ke Doi Ithanon - Chiang Mai
Kita dah sampai kat kawasan rehat Doi Ithanon
Doi Ithanon merupakan puncak gunung banjaran Himalaya yang paling tinggi di Thailand.
Ada pokok bunga yang pelik di sini
Panas tapi sejuk. Suhunya 14 darjah celcius. Itupun kira panas le tu, sebab kebiasaan suhunya di bawah 12 darjah celcius.

Syiokkk! Batu ni bila sentuh, terasa kehangatannya.
Meh, pekena kopi dulu, bagi panas badan
Sedikit latar belakang mengenai Doi Ithanon National Park ni. Perkataan "Doi" membawa maksud Gunung.

FYI, Doi Ithanon ini juga dikenali dengan nama gelaran "The Roof of Thailand". Actually, Doi Ithanon ini adalah kawasan hutan simpan yang telah dipilih oleh seorang raja terakhir Chiangmai yang bernama King Inthawichayanon. Bersempena namanya itulah, wujudnya nama Ithanon.

Jadinya, di dalam hutan ni memang ada banyak sangat aktiviti pemuliharaan hutan. Di dalam hutan ni juga ada 362 jenis burung dan 62 jenis hidupan liar seperti gajah, beruang, harimau dan bermacam-macam haiwan lagi. 

Mujurlah semasa kita merentasi hutan Doi Ithanon tu, tiadalah plak kita ketemu dengan hidupan liar ni. Lagipun kita tak tau pun, details tentang Doi Ithanon tu. Tidak plak kita study pasal tempat ni sebab tiada dalam perancangan kita pun. Route asal kita, adalah Chiang Mai - Mae Sariang - Mae Hong Son.

Agaksnya, kalau kita tau, rasanya lagilah bertambah panik dan menggelabah kot, hik3. Mau tak menggelabah, tak pasal-pasal lalu laluan yang bukan laluan biasa. Memang laluan luarbiasa

Inilah dia, route yang biasa dilalui oleh rakan-rakan bikers iaitu bermula dengan Chiang Mai - Mae Sariang - Mae Hong Son - Pai - Chiang Mai

Laluan kita pula, bermula dengan Chiang Mai - Doi Ithanon - Khun Wang - Ban Chet Lang - Mae Surin - Mae Hong Son - Pai - Chiang Mai

Rumah penginapan di di kaki Doi Ithanon
Gerai jualan barang-barang kraf dan hasil pertanian di kaki Doi Ithanon
Superman
Kita amik laluan Chom Tong untuk ke Mae Hong Son melalui kawasan hutan simpan Doi Ithanon
Laluan ke Mae Hong Son dari Doi Ithanon
Ban Khun Klang
Perasan tak air terjun Siriphum di hujung sana?
Ban Khun Wang
Campsite

Pondok pihak berkuasa, tapi tak nampak ada orang pun.
Subhanallah! Memang memukau mata kita
Apa yang dipandang itulah yang akan dilalui nanti. Huhuhu...Kita akan naik bukit tu!
Kita sedang menuju ke arahnya sekarang ni
Kawasan pertanian
Jalanraya sudah semakin sempit
Lega...kita di laluan yang masih ada pelancong
Bermulanya kisah yang mendebarkan dada. Jeng, jeng, jeng...
Pada awalnya, memang ramai orang berkumpul di sini
Jalan semakin lama dah semakin sempit dan bertambah sempit
Ban Chet Lang ni tak dak dalam peta google map
Jalan sempit, tetapi ada pulak van pelancong yang melalui laluan ni. Maknanya, kita berada di laluan yang betul la yer.
Jomler kita layan view dulu...
Alhamdullillah! Kita da sampai tempat ni. Tempat yang jarang-jarang dilalui oleh orang ramai apatah lagi bikers
Di sebelah kiri kita tu, serupa itulah, laluan yang akan kita lalui sejauh 15KM. Off-road kot! Malah lebih dahsyat dari yang ini. Jalan yang lebih sempit di tepi lereng bukit dan gaung.
Inilah saat terakhir kita bersama dengan cermin mata ni. huhuhuh...
Actually, sebelum kita bertemu dengan jalan off-road tu, kita memang melalui jalan tar yang berturap cantik je.

Tetapi lama-kelamaan, jalan tar mulai sempit dan tetiba jalan tar tu terhenti di antara dua simpang jalan tanah merah yang kering berdebu, yang mana salah satu jalannya mendaki bukit yang curam dan yang satu lagi jalan tanah rata yang landai.

Waktu tu, kita termenung sejenak, betul ke "waze" ni bagi jalan kat kita. Dilema kita dibuatnya. Lagi 15km untuk masuk ke lebuhraya 108 (laluan ke Mae Hong Son). Tetapi kalau kita nak patah balik pun, rasa macam da jauh sangat dah.

Kebetulan pula, ada seorang penduduk kampung tu bagitau kita, yang laluan ini memang boleh tembus ke Mae Hong Son. Betul doh lah "waze" ni bagi jalan kat kita. Jadi, kita think positiflah. Mungkin jalan tanah merahnya hanya sekerat je kot.

Kita pun dengan lafaz "bismillahirrahmanirrahim" dengan yakinnya, mula mendaki ler. Namun, motosikal kita tu tak dapat nak mendaki bukit tu dan hampir-hampir nak tergolek dek alur jalan yang beralun, berbatu besar penumbuk dan berdebu kering tu.

Masa tu, semangat kita dah nak "terbang melayang" dah. Kita rasa lemah semangat dah. Time air mata kita nak menitis tu, tetiba kita terdengar bunyi motosikal. Preng..preng..preng...Fuh, rasa lega sesangat.

Rupa-rupanya, ada jugak motosikal lalu area ni. Kita pandang je orang siam tu macam rileks giler daki bukit curam tu dengan Yamaha 250. Alahai, berdua plak tu. Ting! Maknanya...?  

Owh my God!!!... tiada jalan tar lagi, off-road dengan moto honda tayar macam ni? Allahu akbar
Maknanya, kalau mereka berdua tu boleh, tentu kita pun boleh jugak.

Yakin boleh, memang bolehlah! Walaupun banyak kali jugaklah, motosikal kita tersangkut dalam alur laluan air dan banyak kali jugaklah motosikal dengan kita-kita ni, hampir nak "tergolek dok"...hik3.

Dan banyak-banyak kali jugaklah kita hampir-hampir nak menangis. Masa tu, harapan kita hanya kepada Allah je. Harap sangatlah Allah permudahkan laluan kita. Janganlah ada apa apa musibah. Waktu tu, memang tak da pikir apa apa dah. Hanya fikirkan Allah je.

15km off-road memang rasa derita yang amat sangat. Menahan rasa risau. Actually ada lagi jalan yang lebih teruk dari ini, tapi kita memang tak sempat nak merakam sebabnya kita terlalu sibuk fokus dan berdoa....
Jalan depan tu, berpasir dan berlubang serta sempit sesangat, di tepinya gaung. Kalau tergelincir, fuhhhh.... memang tak dak la story ni. Tak pernah rasa gerun cenggini. Kita di bumi asing, hanya Allah sahajalah tempat kita bergantung harap.
Alhamdullillah, akhirnya, perjalanan yang menyiksakan perasaan tu berakhir jua...

Kita tak tahu apa nama tempat ni
Dah mendaki, turun bukitlah plak ye!
Tiada kereta, lori atau bas. Hanya motosikal penduduk tempatan je...
Cantik tempat ni, rasa macam kawasan puak Hobbit je...hik3
Jangan komen apa-apa. Kita dah rasa lega. Lega apabila dah berada di jalan berturap tar.
Kita masih di laluan yang benar. Mae Hong Son sebelah kiri.
Sentiasa ada menemani...#cyunxsamakamu
Actually, selepas peristiwa tu, kita rasa bersyukur sangat. Ada 1001 hikmah di sebalik kejadian laluan luar biasa tu, yang refleks dengan kehidupan kita sekarang ini.

Actually, walau kecik atau besar mana pun masalah yang kita hadapi sekalipun, kita wajib kena hadap. Berusahalah dan berserahlah bulat-bulat kepada Allah SWT. Mintalah perhatianNya dan bantuanNya dengan bersungguh-sungguh. Insha Allah, Dia pasti akan bantu kita. 

Itulah yang kita belajar dari situasi tersebut. Orait, kita berhenti setakat ini dululah ye. Kita jumpa di lain story plak. Boleh klik Bhgn. 11 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar). See ya... #spreadlove - Canon Rider was here...