Saturday, July 14, 2018

YOUTH Shaklee Skincare - Look Younger Longer


Assalamualaikum uols, 

Presint 17, Putrajaya

Kali ini kita nak share tentang skincare Shaklee yang terbaru yang amat terlaris di serata Malaysia, kerana keberkesanannya..pakai tiga hari pun dah nampak kesannya. Apatah lagi kalau dipakai berminggu dan berbulan-bulan... Bayangkan, uols pasti berani keluar rumah tanpa mekap pun... Just calit celak mata dan kening je... 

Tahniah pada kepada Itah... jualan cecah RM13,000 untuk Mac. Tengok beg mekap YOUTH tu mesti lebih dari 6 biji tu..
Cerita pasal skincare, ini bukan kali pertama Shaklee keluarkan produk penjagaan kulit wajah, sebelum ini, ada Enfusella, ini lebih kepada kulit orang barat. Selepas itu, Shaklee keluarkan Nutriwhite, yang ini memang best. 

Kita memang try sebelum ini, nak habiskan satu tiub pencuci muka tu, makan masa setahun kot. Memang produk Shaklee besar-besar dan amat menjimatkan. Tak perlu pakai banyak-banyak, sebesar biji kacang hijau je, untuk mencuci muka. Best!!!
Memang berbaloi... banyak free gift pada promo Mac 2018 yang lalu... sempena pelancaran YOUTH
Memang Nutriwhite ni direka untuk kulit orang Asia. Kali ini, Shaklee amik pendekatan, untuk mengeluarkan skincare yang boleh dipakai oleh semua orang. Dan kuarlah YOUTH ni... memang marbelous... 


Tak caya, tontonla klip pendek kita tu... Kalau masih tak puas hati lagi..meh kita tunjuk dekat-dekat lagi...


Muka nampak lebih cerah berseri dan nampak sedikit membujur,kan
Nampak lebih cerah berseri, parut dan cela berkurangan. Bestnya! 
Lelaki sekarang da tak macam dulu... muka nampak lebih bujur dan cerah kan....
Liang pori dah makin mengecil..
Jeragat berkurangan dan muka nampak lebih bujur... lebih muda
nampak lebih muda kan...
seriously nampak lebih muda kan kan kan....
Orait, kita berhenti di sini dulu yer. nanti kita sambung lagi. Ada banyak lagi gambar testimoni YOUTH yang ingin kita kongsikan dengan uols... nak kasi uols yakin yang memang berbaloi sangat dapat manfaatkan kebaikan bahan semulajadi yang diformulasikan oleh Shaklee ni... 

Orait, cyunx... babai.. take care, jumpa lagi... #spreadlove

Thursday, July 12, 2018

Testimoni YOUTH by Shaklee

Assalamualaikum uols....

Presint 17, Putrajaya

Allooooo... kali ini kita nak share pasal skincare Shaklee yang memang terbaik dan lariiiiisss keras di serata Malaya. Sebelum ni, Shaklee ada keluarkan Nutriwhite, yang memang mendapat sambutan hangat daripada pencinta produk skincare yang berasaskan semulajadi. Tetapi, kali ini, Shaklee datangkan produk skincare yang formulanya ditambah baik, maka terhasillah YOUTH. 

Stok YOUTH ni tak sampai sebulan dah habis dah di HQ Sunway Geo. Alahai.. kita pun terpaksa main kutu, untuk dapatkan produk YOUTH ni.. teruja kot nak try. Sebelum ini kita try Nutriwhite... memang best kot.... 

Teruja kita nak try YOUTH bila  tengok testimoni rakan-rakan Shaklee yang wow, wow, wow!. Kita pun nak jugak. Tambah-tambah footage ni pun, bukan main lagi tunjuk yang sis ni, begitu bersungguh bercerita tentang manfaat YOUTH pada kulitnya. 

Meh kita tengok luh.... 

Itu kata dialah... 
Tapi kita nak try dulu.... bukan kita tak percaya, kita nak pastikan sesuai tak dengan kulit kita. Tapi dengan Nutriwhite, memang berkesan... Kulit kita licin je... "lesuh", suka je cubit-cubit pipi sendiri.. licin lembut je rasanya.... hikhikhik

Meh kita layan lagi klip yang ini....



 Mesti uols kata.. diorang minah salleh...memang da cantik... memang da cun. Lagipun mahal kot skincare Shaklee ni, kan. Isk.. cepat bebenor katanya mahal.. dah tau ke harganya tu berapa? Tahan berapa lama.... apa bahan-bahannya? apa kesan-kesannya...

Nanti kita discover yer! Orait.... kita chi chow dulu. Take care uols... #spreadlove

Tuesday, July 10, 2018

Bersinar Bak Bulan Purnama



Assalamualaikum uols... 

Kali ni kita nak share supplement Shaklee untuk kulit yang lebih cerah, bersinar, putih, bersih dan mulus berseri. Floless gitu...

Anak-anak burung kita (Ujang Syanaz) suka bebenar peluk dan pegang-pegang kita. Memang tak salah pun. Seronok ler kan... anak-anak manja dengan kita kan. Kata diorang, kulit kita licin... rambut kita lembut dan terurus, badan kita wangi.. (opss ter promote la plak, hik3)

Dulu-dulu, sebelum kita kenal Shaklee, memang terasa kulit tu menggerutu terutama pada bahagian siku, lutut, tumit kaki, dan yang paling tak best, tempat yang terlindung pun, terasa ada bijik-bijik kecil, nak nak kat belakang bun*ut. 

Masa tu, kita memang ada banyak masalah kulit.. alergik dengan pemakanan dan gigitan serangga. 

Jadinya, semasa nak shopping Shaklee tu, memang kita tak teragak-agak dah, sebab kita tahu, ramai yang terkesan dengan Shaklee. Sebab kat opis lama kita tu, ada seorang Shaklee dropshipper. Kita tengok kulitnya memang cantik dan gebu sangat.... Geram jer tengoknya. Jeles u know, hik3. Padahal sebelum tu, kulit dia gelap dan kusam kot. 

Tapi kita tak order dengannya.. yelah, dia underestimate kita, kot. Tahulah kita ni hanya kerja kerani cabuk je pun... itulah silap kita-kita ni kan. Dok pikir, orang tak mampu nak beli, padahal produk kita bagus.. jadi orang sanggup je apa saja untuk dapatkannya. kan kan kan.

Bagi kitalah kan, samada customer tu ada duit atau tidak, kita patut bantu bagi info dan cari solution untuk dia kan... tapi kawan tu, dan dan cakap, "u memang tak mampu nak makan ni, sebab u kena beli set. Satu set tu, harganya beratus-ratus...kita memang tak amik ansuran tau!!!" 

Sedangkan kita masa tu, memang nak beli pun... tak kiralah harga berapa... janji kita dapat kulit macam dia.. cun dan berseri-seri... Tapi dah cenggitu perangainya.. ermmmm say bye-bye ler..

Then kita google-google dan calling-calling.. Yang ini pun satu, bila kita call, tak angkat. Tapi apabila kita wasap, cepat plak jawabnya... isk.. macam-macam sungguh. Hurmm, kita lagi sekali say hai hai bye bye...hik3 (cerewet tul lah!)

Alih-alih rezeki kita dapat jugak merasa makan Shaklee untuk kulit cantik berseri macam kawan kita tu... dengan seorang ejen Shaklee Putra Heights. Yang ini pun satu, dia sibuk nak postage, padahal, Putra Heights dengan Putrajaya tu, sebelah je kot. Malah, kita sanggup je jumpa dia pada waktu tu. 

Actually, kita masa tu, memang tak percaya dengan transaksi online, terpaksalaaaaa percaya kan ejen online yang tak nak jumpa customer ni. Tawakal kot... kerani cabuk yang gajinya RM1000 je pada masa tu, nak transfer setengah ribu RM pada orang yang kita tak kenal langsung.

Pada mulanya, ejen ni, suh kita amik vivix, tapi kita tak yakin.. sebab rasa macam tak berbaloi je... risau kalau-kalau tak berkesan. Yelah kawan tu (opis mate) kata kena amik yang set.. Dalam set yang dia jual...memang takde vivix. 

Sebenarnya, time tu, orang takut nak jual vivix. Takut tak laku... padahal.. vivix ..tu la ibu segala vitamin. Supplemen yang kita rasa paling terbaik untuk kesihatan kulit, rambut, mata dan mental. Rugi plak kita tak amik masa tu, taw!

Sama jugak dengan kolagen. Kolagen Shaklee adalah yang paling best kita try. Bukan apa, kalau nak minum cenggitu, memang tak lalu nak telan aih. Terasa payaunya. Tapi kalau dicampur dengan ESP atau minuman lain...dan di shake dengan mesin Ferrano Shaklee... Woww!!!!!! memang sedap sesangat.. Rasa nak lagi dan lagi... hik3..dan kesannya, dapat dilihat dalam tempoh 3 hari - 2 minggu (untuk kitalah). Lutut dan tulang belakang dah tak sakit.

Pendek kata, sendi-sendi tu dah tak kuarkan bunyi lagi. Rambut macam lebat je, kedut halus tak berapa kelihatan dan kedut pada belakang tangan dah berkurangan. Kulit pun terrrrrasa licin, u know. Actually, kita ni bukanny penggemar buah pun. Then kerana itulah kulit kita nampak kasar dan cepat kusam. huhhuuhhu....alternatifnya, kenaah amik supplemen.

Kadang-kadang kita tak cukup bajet nak beli vivix, atau kolagen.. sebab memang high costing. Kita pulak, ada tiga anak burung kecik yang manja-manja yang perlu disediakan segala keperluan secukupnya... Memang kalau nak shopping supplemen cantik tu, amat berkira-kira hingga 20x tau. 

Alternatifnya, kita kadang-kadang, beli ESP je. Sebab dalam protein dalam ESP tu boleh bantu kulit jadi lebih cerah, tegang dan cegah adanya kelumumur, serta mengurangkan masalah rambut gugur, rosak dan bercabang. Haa lagi satu cegah kulit kering. Kita suka je minum ESP tu. Best!

Kadang tu kita hanya beli vitamin C je, untuk kecutkan jerawat, tingkatkan imun supaya tak mudah demam dan selesema. Selain tu, untuk dapatkan kulit cerah. Konsisten amik 2 biji vitamin C setiap hari, boleh cerahkan dan anjalkan kulit taw. 

Kadang-kadang, kita order alfalfa untuk alergik kita. Sebab kita emang ada masalah dengan habuk. Pantang berhabuk je, kulit kita dah naik ruam gatal dan ada certain-certain part kat badan kita tu membengkak terutama muka, mata dan bibir.

Garlic pulak memang wajib kita beli. Ia amat berkesan untuk up up up imun badan dan melancarkan sistem aliran darah serta merupakan salah satu cara untuk detox dan membakar lemak. 

So...itulah best nya tentang Shaklee. Kalau kita ada bajet lebih, boleh je kita amik semua supplemen kulit cantik. Tapi kalau kita punya bajet ciput-ciput, huhuhuhu.. boleh je beli satu-satu.. tapi kesannya agak slow n steady je lah. Jangan haraplah, makan semalam, esok nak terus berkesan. Kalau terus berkesan tu harus berjaga-jaga...vitamin semulajadi, takkan bertindak sedemikian melainkan ada steroid atau bahan kimia sintetik.

Tapi kalau kita jarang-jarang amik vitamin Shaklee ni, ia takde laa side effect yang teruk sangat pun. Kalau tak amik, lama-lama apa yang disimpan dalam badan kita, akan berkurangan ... so, dari kulit dah cerah berseri, lama-lama jadi kusam ler. Dia takkan ada side effect naik jerawat makin teruk, atau hormon jadi bercelaru haru biru. 

Sebab sepanjang 4 tahun kita bersama Shaklee, kejap makan kejap tidak, kita tak der plak, gemuk tambun, atau ada masalah kulit yang kronik berbanding kita amik supplemen lain sebelum ini. Sebab tu, bila kita curang dengan Shaklee, kita rasa bersalah yang amat. Sebab supplemen lain tak se natural Shaklee. Tak seberkesan positif berbanding Shaklee...

Jadinya kalau uols nak try... boleh je cuba..Memang takkan menyesal punya! Cepat-cepat kontek kita, ye, 011-2083 1086.

Oklah uols kita stop di sini dulu ye.. nanti kita story-story lagi pasal #shakleeEffect tau. Sebab kesihatan kita tu teramatlah berharga, u know. Babai cyunx. #spreadlove

Monday, July 9, 2018

5 Cara Kuruskan Muka Secara Alami


Assalamualaikum uols, 

Pagi ni, kita terbaca satu artikel Gina Florio yang telah berjaya buang lemak-lemak yang berlebihan pada muka, leher dan mana-mana bahagian yang tak sepatutnya berlemak. 

Kata Gina Florio ada 5 cara iaitu : 


1. Kekalkan diet sihat yang ketat
- Nak hilangkan berat berlebihan, elakkan makan semua makanan segera, terproses ataupun makanan ringan dan kurangkan pengambilan kalori. Ianya bukan sehari atau seminggu, tetapi amik masa berbulan jugak ye.. Kena tabah kalau nak dapat hasil yang puas ati kan? 


2. Senam Angkat Berat
Kata Gina, angkat berat banyak membantu membakar banyak kalori, membina otot dan buang lemak dengan cepat. Dan secara tak langsung ia membantu membuang lemak pada muka. Jadi, setiap minggu, Gina akan meningkatkan bilangan sesi latihan angkat beratnya. 


3. Berlari 3 kali seminggu
Senaman kardio amat penting dalam proses menghilangkan berat berlebihan. Selain berlari, mendaki atau berbasikal, cara ini adalah cara yang paling best untuk meningkatkan heart rate dan membakar banyak kalori. Kata Gina, dia dapat feel beratnya turun dengan lebih cepat apabila dia meningkatkan sesi cardionya.


4. Tidur 7 hingga 8 jam setiap malam
Katanya, ramai orang selalu lupa yang tidur amat penting dalam proses membuang lemak badan. Disebabkan dia terlalu sibuk dengan aktiviti menurunkan berat badan, kerja dan personal life, dia memang perlukan rehat. Bukan hanya dapat menghilangkan berat dengan lebih cepat, tetapi dapat mengurangkan "sembap" dan tekanan yang mana membantu membuang air yang berlebihan pada mukanya.


5. Totally tidak amik alkohol
Katanya dengan tidak meminum arak, dia tidak lagi risau pada eyebag dan pipi bengkak. Jadi, mukanya lebih nampak bujur dan dia amat gembira dengan hasilnya setiap pagi. 

Jadi... apa lagi, jom ler kita try. Kalau Gina boleh, kita pun boleh jugak kan. #spreadlove

Sunday, July 8, 2018

Raya Kawasaki 2018


Assalamualaikum uols...

Kita kembali bersiaran setelah sekiaaaan lama berdiam diri. Kalut ribut dengan nak belajar moto, nak join event, nak uruskan stok shaklee dan aihhh banyak lah.. belum lagi urusan "anak-anak burung" (Ujang Syanaz) yang perlu diberikan perhatian. 

Itulah akibatnya, kalau segala benda atas pundak bahu kita je kan.. but, kita suka... apa yang kita buat, ujang syanaz sentiasa memberi sokongan. Tiada sebarang halangan. Muahsss.. .lobiu cyunx mama.

Orait, kali ini, kita nak citer pasal event yang kita join semalam. Ada dua event yang wajib kita hadir. Yang pertama, event Kawasaki Raya 2018 bermula jam 1.30 petang hingga 4.30 petang dan yang kedua, event National Shaklee Convention 2018. Yang ini bermula jam 2.30 petang hingga 6.30 petang. 

Kalau tak hadir, rugiler.. memang tak de story nak diceritakan.... hik3. Cerita Tetiba Surabaya pun belum selesai lagi. Tak per, yang itu, nanti kita sambung lagi yer...

Kali ni kita nak citer pasal Event Raya Kawasaki 2018 yang meraikan anak-anak yatim dari Rumah Penyayang Hembusan Kasih, Klang bersama sama pemilik motosikal Kawasaki.

Ehsan pix Cipantos Adventures

7hb Julai 2018
Encorp Strand Mall
Kota Damansara, Petaling Jaya 

Actually, semalam kita just arrived kat Strand Mall tu, dah jam 3.30 petang. Padahal event bermula jam 1.30 petang. Mak aiii... dari Putrajaya ke Kota Damansara tu, tak de laa jauh bebenor... tapi itula.. kereta banyak. Agaksnya semua orang keluar beraya kot. Yelah, ini adalah minggu second last untuk buat jamuan raya. Sekejap je kan sebulan.   


Sesampai je kat sana, kita disambut mesra oleh team Kawasaki. Aih, dah terasa macam VIP je masa tu. Syokkk.. Walaupun event dah nak abih, jam 4.30 petang, kita tetap diberikan peluang untuk register... manalah tau dapat jam Kawasaki yang harganya RM700 tu. Wow!!!!



Asya posing sakan...

Ehsan pix Cipantos Adventures
Ehsan pix Cipantos Adventures
Event semalam ada dalam 150 orang sahaja yang hadir. Ada yang dari group Z250M, Z900M, Kilat Bikers, PEM, VSCM, KOG, KLG, Wilhin Motor (M) Sdn Bhd, MOVOC dan banyak lagilah...

Dila and the Gangs MOVOC
Lebih kurang 40 orang anak-anak yatim Rumah Penyayang Hembusan Kasih Klang bersama 6 orang pengiring yang diraikan semalam...Ada orang orang cakap kat kita semalam..yang kek coklat moist tu adalah dessert yang seriously paling sedap dan really marbeloussssss...

Tapi, sayangnya kita tak dapat nak merasa... huhuhuhuhu


Opss terbebel lebih plak. Actually, majlis raya ni disempurnakan oleh Dato' Jeffrey Lim iaitu Big Boos aka GM Kawasaki Malaysia, Dato' Seri Wilson yang merupakan Chairman Wilhin Motor Group dan En Ahmad Faez Tan Sri Yahaya (Exec Chairman Kawasaki). Boleh baca itinerary kat bawah tu yer... 

Ehsan pix Cipantos Adventures

Team Pengurusan Kawasaki Malaysia bersama Otai Kawa Che Mad
Kawasaki Lady Bikers
Mr Mike Wilhin, Wak Gjan dan Mr Cipantos Adventures

Dara pingitan Kawasaki Malaysia
Abang Zul Olen.. nak ride obersea.. kontek dia na!
Ini Otai Kawasaki... Terbaiklah Che Mad
Gandingan hebat Kawasaki Malaysia...
Selesai...jugak akhirnya misi kita rini. Misi hadir jamuan raya #kawasaki bersama anak anak yatim Rumah Penyayang Hembusan Kasih Klang dan pemilik motosikal Kawasaki. Walaupun kita datang lambat, tapi kita dapat jugak hadiah cabutan bertuah. Syok ...mekasih ye kawasaki.

Hadiah Cabutan Bertuah.. ce teka.. gapo dio dale tu?

Tambah koleksi Mug Kawasaki Ninja... alhamdullillah


Oklah uols, kita stop sini dulu lah ye.. nanti kita cite lagi... See u soon.. #spreadlove

Saturday, June 9, 2018

Bromo Panajakan sunrise - Surabaya Tetiba Je...


Untuk kisah sebelum ini, boleh klik di sini

14hb April 2018 (Sabtu)
Hari Kedua
Mount Bromo, 
Bromo-Tengger-Semeru National Park, 
Kabupaten Probolinggo, Surabaya 

Pagi tu, pemandu jeep kita tu, yang kita tak hingat apa namanya, ntah-ntah tak kenalkan diri pun... kisah da berbulan-bulan, mana nak hingat sangat dah. Tambah-tambah "kitab busyuk" (pinjam istilah SS), kita tak bawak, pada hingat hingat gitu je lah. 

Pemandu jeep ni, banyak berdiam je. Mungkin sebab bahasa kita tak sama dengan dia kot, atau sebab kita orang muslim. Pemandu kita ni berasal dari Suku Tengger. Suku Tengger ni, memang penjaga gunung ni. Gunung ni tempat suci agama Hindu. Suku Tengger ni, majoriti penganut agama Hindu. Patutlah pun, depan homestay kita tu ada patung gajah yang amatlah menyeramkan..... 

Semasa mendaki untuk tengok sunrise pagi tu, mak aiii, allahu, ramainya orang... jem sana sini...kali ini, jem dengan jeep plak. Motosikal bersimpang siur. Allah... memang nampak kelam kabut betul jam 4 pagi. Menurut pemandu kita tu, sunrise muncul jam 5 pagi. Mak aiiii.. awalnya. 

Wajib bayar...kita bayar 32,500.. depa kata, kita orang Indonesia, demi Rupiah, ku relakan jua... hik3
Setelah amik tiket masuk, kita pun sampailah ke Gunung Penanjakan untuk melayan sunrise. huwahahaha, macam apa ntah layan sunrise. Kita tengok orang ramai-ramai sungguh. Mendaki dalam gelap, risaw jugak kalu tergelincir, sebab terlalu gelap dan laluannya sempit. Sesampai je, mak aiii.. da penuh. Ada yang mendaki lagi tinggi. Kita tak larat dah... sebab nanti nak berebut turun plak nak ke kaki Gunung Bromo. 

Jadinya, kita pun bersempit-sempit jugak lah. Angin pagi, memang bertiup kencang dan sejuk nya sampai ke tulang. Nasib laa ada pakai jaket, stoking, sarung tangan, penutup hidung dan shawl. Sejuk bebetul. Yang untungnya, kat bukit tu, ada orang menjual minuman segera yang panas dan tikar untuk duduk dengan selesa. Kalau tidak, abihlaa bun*ut comot dek tanah hitam.

Pandangan sisi kanan Gunung Panajakan, laluan yang bakal dilalui untuk ke Gunung Batok dan Bromo
Pandangan sisi depan, Gunung Batok dan Gunung Bromo
Rugi..kalau tak amik pix kat sini. Bukan senang nak mai sini, kot
Besaw gilerrrr, bunga loceng ni
Bromo Tengger... itu nama suku yang kerjanya di National Park ni
Ini lah dia jeep kita
U dont get it, if u don go through with it (owh mai broken englysh)
Selesai layan sunrise, kita cepat-cepat turun ke bawah. Jam 5.45 pagi, kita da terpacak depan jeep. Ingatkan jeep tiada orang... rupanya pemandu kita tu dok lena kat dalam... alah... da buang masa kita.huwahahahahah. Bukan apa, bimbang jem...untuk turun ke kaki gunung Batok dan Gunung Bromo. 

Ramainya umat manusia...
Subhanallah...cantiknya alam ni

Masa dalam perjalanan turun tu, Allahu Akbar, cantiknya pemandangan Allah saja yang taw. Terharu sangat sebab berpeluang menikmati keindahan yang memang tak penah tengok sebelum ini. Terima kasih... Allah!!!.. Terima kasih sesangat.

Akhirnya...kita sampai ke kaki Gunung Batok, setelah melalui jalan yang berliku-liku macam ular kena palu
Cantiknya luar biasa. Memang kita jatuh cinta dengan alam ini. Rasa jeles dengan Indonesia kerana mempunyai keindahan sebegini. Masa tu, memang kita tersedu menangis seketika. Terharu campur gembira. Sebab untuk ke sini, macam-macam yang kita hadap. 

Nak tau lebih lanjut pasal Mount Bromo ni, boleh klik SINI


Da sampai di dataran Gunung Bromo yang berdebu hitam tu, kita diberi pilihan samada menaiki kuda atau berjalan kaki untuk ke anak tangga Gunung Bromo. First time kita nak naik kuda ni. Aishh... rasa macam best. Huwahahahahahaahahahahahah.. kita bantai gelak dulu laa yer.. sebab ada cerita di sebalik excited nak naik kuda.


Kuda kita warna coklat. Nampak sombong kot.. kita riding dengan tangan pegang handphone konon nak amik gambar bagai.. Masa berjalan di dataran berpasir tu, kita ok lagi... tetapi apabila tiba di jalan yang berbatu-batu, kita da cuak. Kita tak reti nak ikut lenggang lenggok kuda tu berjalan. 

Bila da cenggitu, kita jadi kecut perut. Lagi parah bila kuda tu mendaki... mendaki.. dan merengus-rengus. Kata pemandu kuda tu, dia merengus sebab debu masuk hidung. Dalam keadaan takut dan panik yang terkawal... kita pun sampai laa di anak tangga pertama Gunung Bromo. 

Huwahahaahhaha,... Curamnya Gunung ni... Tinggi lak tuh. Makcik try! Walaupun makcik ni, bukan atlet, bukan selalu workout pun, selalu dok melepet atas sofa, men laptop... memang mengah ler nak daki 250 anak tangga tu kot. Boleh layan video pinjam ni dulu yer. Video kita belum ready lagi... 


Da sampai ke puncak, kita apa lagi, bergambor lebih kurang... then turun cepat-cepat, sebab banyak tempat lagi mau pergi di sekeliling Bromo ni. Nak balik, ke tempat jeep tadi, kita naik kuda lagi... 

Kali ini, kita memang ilang malu dah. Kita merayu-rayu dengan pakcik pemandu kita tu, minta turun bukit pelan-pelan. Takut sesangat. Kita takut jatuh. Kalau jatuh mati, kita tak dak hal.. tapi kalau jatuh, lumpuh, tak ke menyusahkan orang. Sebab tu, kita menangis-nangis.. berjuraian air mata kot.. Takut sangat. Lebih takut dari buat bungy jumpin kot. 

Waktu tu, ada yang mengusik, minta kuda berlari dan ada yang gelakkan kita.. kita tak peduli, kita takut sangat kot, kita teruskan nangis sambil mulut dan hati dok lafazkan nama Allah berulang-ulang kali tetiba telinga kita menangkap satu bunyi yang menenangkan, bunyi loceng dari kudan yang kita tunggang tu. Tetiba je hilang rasa gemuruh dan panik.. Tetiba je rasa tenang.. dan tenang sesangat.

Syukur Ya Allah.. kita baru ada rasa lega. Barulah boleh tengok pemandangan yang indah nian semasa turun bukit dan indahnya... dengan debu pagi yang berterbangan umpama kabus, tanah hitam berdebu.. serasa kita berada di alam lain je. Rasa macam berada di bulan pun hado...

Perut kita da mula lapar, nampak orang berjualan.. tapi tak berani plak kita nak membeli, risaw masakan tak halal. Kita diamkan aje.. Then, kita beli laa dua tiga helai baju sobiner untuk anak-anak. Yelah, risaw tak beli sekarang, karangkan dah tak de dijual lagi di mana-mana. 

Then kita teruskan perjalanan ke Padang Savana Bromo, Bukit Teletubbies dan Pasir Berbisik. Selepas tu, kita pun bergerak pulang ke homestay. Kali ni mau tido puas-puas. Berangan laa tu. Actually, kita sampai ke homestay, dah hampir jam 9 pagi. Gara-gara jem teruk semasa otw turun dari Gunung Bromo.Maka nya, memang tak leh nak layan tido ler.. sebab dah kena bersiap-siap. Jam 10 pagi, supir kita akan bawak kita petik apel kat Malang plak. 

Cerita petik apel tu, kita sambung nanti yer...kita stop sini dulu. Jumpa lagi hokey! #spreadlove #firsttimekot